Shutter speed adalah kelajuan bukaan shutter. Bacaan nilai shutter ini adalah 1 per ( 1/ x ) iaitu pecahan kepada 1 saat per ‘x’ ( nilai shutter speed ) .
Antara nilai shutter speed awal, yang ada pada kamera analog adalah :
1/1 , 1/2, 1/4, 1/8, 1/15, 1/30, 1/60, 1/125, 1/250, 1/500, 1/1000, 1/2000,
dan dengan teknologi digital kini, wujud shutter speed dengan nilai
1/4000 , 1/8000
dan ada juga shutter speed yang lebih lama bagi bukaan shutter iaitu :
1 saat, 2 saat, 4 saat, 8 saat, 15 saat, dan 30 saat.
Gambar rajah disebelah menunjukkan kadar nilai shutter speed yang ada pada digital SLR pada masa kini dengan tambahan 1/2 stop dan 3/4 stop.
Kelajuan bukaan shutter ini ada kaitan dengan 2 perkara penting dalam menghasilkan imej. Iaitu :
1- Exposure ( cerah / perfect / gelap )
2- Movement / Pergerakan dalam imej (freeze / motion)
Kita lihat sedikit ringkasan mengenai shutter speed ini .
Semakin tinggi nilai shutter speed, semakin gelap imej
Semakin tinggi nilai shutter speed, gambar akan jadi semakin pegun ( freeze )Semakin rendah nilai shutter speed, semakin cerah imej
Semakin rendah nilai shutter speed, gambar akan ada pergerakan ( motion ) ‘
Perkaitan antara shutter dengan exposure ( kecerahan ) yang di hasilkan
Perkaitan antara Shutter Speed dengan pergerakan dan eksposure :
bagi mendapatkan imej yang tidak bergegar semasa menggunakan telefoto lens ( zoom pada jarak jauh ) , secara teorikalnya, shutter speed hendaklah di ‘per’kan dengan jarak ( length ) yang kita gunakan .
Contohnya :
Zoom Length : 60
Shutter yang sesuai : 1/60
Zoom Length : 200
Shutter yang sesuai : 1/200
Tetapi ini hanyalah sekadar teori sahaja untuk mendapatkan imej yang tidak bergegar / camera shake.
Selain dari itu, kita boleh juga menggunakan tripod ataupun meletakkan kamera kita di atas objek yang pegun ( freeze ) yang tidak bergerakbagi mendapatkan imej yang pegun ( freeze ) semasa menggunakan telefoto lens.
Hak Cipta Terpelihara. Segala penyalinan atau penyiaran semula penulisan ini hendaklah mendapat keizinan secara bertulis. Harap Maklum
0 ulasan:
Catat Ulasan