Setelah kita lihat dari topik-topik yang lepas, saya ringkaskan beberapa perkara pada topik kita pada kali ini.
Ketiga-tiga elemen ( ISO , Aperture, Shutter Speed ) ini amat berkait rapat dalam mendapatkan exposure yang tepat. Dan melalui olahan dari ketiga-tiga elemen ini akan menghasilkan kesan yang berbeza.
Saya simpulkan beberapa hasil yang bakal kita dapat melalui jadual di bawah :
Shutter Speed | ISO | Aperture ( nilai ) | Hasil pada imej |
Rendah | 400 | Rendah ( bukaan besar ) | Cerah dan ada pergerakan |
Tinggi | 400 | Tinggi ( bukaan kecil ) | Gelap dan pegun ( freeze ) |
Rendah | 400 | Tinggi ( bukaan kecil ) | Stabil ( tapi boleh wujud pergerakan ) |
Tinggi | 400 | Rendah ( bukaan besar ) | Stabil ( pegun / freeze ) |
Saya berikan contoh dengan menggunakan ISO 400 kerana ISO tersebut adalah stabil ( tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah ) – bagi yang masih baru dengan DSLR, setting ISO ini adalah yang terbaik .
Kita imbas semula topik kita yang lepas melalui imej di bawah.
Gambar dari sumber lain
Latihan demi latihan diperlukan untuk anda lebih memahami akan ketiga-tiga elemen terpenting dalam kawalan kamera exposure ini.
Gambar oleh ainuddinhatastudio
Contoh kawalan ISO, Aperture dan Shutter speed yang baik menghasilkan
exposure yang baik, subjek yang pegun ( freeze ) dan shallow depth of field.
0 ulasan:
Catat Ulasan