Khamis, 11 Ogos 2011

KATA PENGANTAR

Print

Saya namakan blog ini sebagai ISO BLOGZINE kerana hasrat diri adalah untuk membuat satu bentuk risalah, tetapi dalam rupa dan keadaannya sebagai sebuah blog. Saya namakan ISO atas 2 sebab , pertama kerana saya memiliki komuniti fotografi di facebook iaitu ‘I.S.O. Photography’ dan keduanya adalah kerana ISO ini melambangkan sebuah kualiti.

Muka hadapan ini berkonsepkan modern, menggunakan imej yang saya hasilkan sendiri . Berlatarkan warna putih bagi menunjukkan bahawa blog ini mempunyai “class” tersendiri dan saya padankan dengan imej tersebut supaya muka depan ini tampak lebih mewah.

Imej tersebut saya pilih kerana mempunyai elemen-elemen penting di dalam fotografi bagi menghasilkan sesebuah gambar. Garisan ( lines ) , bentuk ( shape ) , pantulan ( reflection ) , pencahayaan ( lighting ) , kedalaman ( depth of field ) dan lain-lain lagi.

Blog ini akan menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan Bahasa Inggeris sebagai tambahan bagi terma-terma dalam fotografi.  Saya memilih untuk menggunakan dua bahasa kerana istilah fotografi mudah difahami di dalam bahasa inggeris dan penyampaian saya pula di dalam bahasa ibunda, Bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman kepada peminat fotografi di Malaysia.

a

Mengenai penulis

Nama penulis adalah Muhammad Ainuddin B. Mohd Hata. Anak kelahiran Selangor ini telah mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bahru 2, Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bahru. Kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Simpang Lima selama 8 bulan dan kemudiannya menyambung pelajaran peringkat menengah di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka.

Tamat pengajian di peringkat menengah, beliau menyambung pengajian di Politeknik Premier Johor Bahru di dalam bidang rekabentuk grafik @ graphic design. Minat dan kecenderungan beliau terhadap fotografi mula tersemai sejak berada di semester 1 di bawah bimbingan dan tunjuk ajar guru pertamanya iaitu En. Razak B. Kamisan.

Di semester kedua, bakatnya dikembangkan lagi kedalam industri dengan menjadi ‘freelance photographer’ bagi majlis-majlis kecil seperti cukur jambul, ulang tahun kelahiran. Dan ketika berada di semester kedua ditawarkan untuk menjadi ‘backup photographer’ di bawah bimbingan saudara Jamaluddin di Rawang, Selangor. Ketika itulah beliau semakin serius di dalam industri fotografi . Dan pada semester ke-4, beliau telah memohon dan berjaya menempatkan diri di dalam industri sebenar fotografi di bawah syarikat NEURMAYA dan di beri tunjuk ajar oleh fotografer professional En. Noor Azam Md Sheriff.

Pada semester ke-5 dan ke-6 beliau banyak menjalankan perniagaan fotografi secara sendiri di Johor. Akhirnya, setelah tamat pengajian di Politeknik Premier Johor Bahru, beliau dilamar oleh Image Creative Studios sebagai fotografer non-official dan dilamar juga oleh D’Sayang fotografi sebagai album designer sampingan.

Sedar tak sedar beliau telah berada di dalam bidang ini hampir 3 tahun ( dahulu separuh masa / part-time foto ketika belajar ). Dan pendorong disebalik semua ini adalah ibu dan ayah beliau yang banyak memberikan sokongan dan dorongan untuk berjaya. Dan disebabkan kecintaan beliau terhadap fotografi inilah menyebabkan terhasilnya blog ini.

Kata-kata aluan penulis


Assalamualaikum  W.B.T

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T dalam bulan ramadhan al-mubarak ini diilhamkan kepada saya untuk membina blog istimewa ini bagi bersama-sama berkongsi bersama pembaca mengenai fenomena masa kini iaitu “fotografi”

Dalam kesibukan manusia berpuasa dan menahan diri dari lapar dan dahaga, ilham diberikan kepada saya dari Sang Pencipta di waktu petang ini iaitu pada jam 6 pada hari Selasa 9 ogos 2011. Penulisan ini telah lama di tulis dan baru pada hari ini saya publishkan sebagai perkongsian buat kita bersama.

Blog ini adalah hasil pengumpulan sedikit dari ilmu-ilmu fotografi untuk dikongsikan bersama-sama. Untuk memiliki sebuah buku fotografi (bukan majalah) adalah di luar kemampuan kita yang berkecimpung dalam fotografi untuk suka-suka. Ini kerana buku-buku ini agak mahal dalam pasaran masa kini.

Oleh yang demikian saya dengan rasa berbesar hati, untuk berkongsi bersama anda mengenai serba sedikit mengenai ilmu-ilmu fotografi yang perlu anda tahu untuk merakamkan gambar-gambar yang anda impikan. Komentar anda adalah amat diharapkan di dalam blog ini untuk percambahan ilmu kita bersama. Saya bukanlah terdiri dari kalangan professional di luar sana. Tetapi saya suka dan cinta akan seni yang ada di dalam fotografi ini. Dengan fotografi kita melihat alam, dengan fotografi minda kita dibukakan, dengan fotografi kita dapat menilai sesuatu, dan dengan fotografi juga kita mengenali diri kita.

Semoga blog yang saya hasilkan ini mendapat manfaat dan ilmunya dapat dikongsikan bersama. Sepertimana juga nama blog ini “ISO” yang menunjukkan kualiti, saya harapkan di akhir nanti, semua akan dapat kualiti yang diidamkan tersebut. InsyaALLAH.. 

- ainuddin hata-

layari www.ainuddinhatastudio.blogspot.com untuk melihat hasil kerja beliau.

0 ulasan:

Catat Ulasan

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls