Sabtu, 13 Ogos 2011

Aperture

Aperture adalah bukaan pada lens di mana fungsinya adalah untuk mengawal kadar kemasukan cahaya melalui lens.

Bukaan aperture yang besar akan membenarkan banyak cahaya masuk

Perlu di fahami di sini sebutan dan nilai aperture.

Nilai aperture yang ada antaranya :

f1.4, f1.8, f2, f2.8, f4, f5.6, f8, f11, f16,f22

Sebutan :

apabila kita menyebut aperture tinggi, ia bermaksud, nilai aperture yang tinggi contohnya f16. Dan perlu ingat bahawa aperture pada nilai yang tinggi adalah bukaan yang paling kecil.

ada juga yang menyebut aperture paling besar, ia pula bermaksud, nilai aperture yang paling kecil kerana bukaan aperture pada nilai kecil adalah besar.

Kita lihat gambar rajah di bawah

aperture_scale

Nilai aperture dan bukaannya pada lens

Kesan aperture pada exposure ( kecerahan ) dalam imej dapat di lihat dalam gambar rajah di bawah.

aperture

Semakin kecil nilai aperture, semakin cerah gambar
Semakin besar nilai aperture, semakin gelap gambar

Kesan aperture terhadap Depth Of Field

Kita selalu dengar ada yang bertanya, “ macam mana nak buat gambar depan sharp, belakang blur?”
Persoalan yang dilontarkan tersebut adalah berkaitan bagaimana hendak membuat Depth Of Field. Aperture memberikan jawapan terhadap semua persoalan itu..

Aperture yang tinggi contohnya f16 akan memberikan Great Depth Of Field ( foreground sampai background semua sharp )

Manakala aperture rendah contohnya f2.8 akan memberikan Shallow Depth Of Field ( depan sharp belakang blur / depan blur belakang sharp )

Lihat pada contoh yang saya berikan

DSC_5623

Aperture f2.8

DSC_5629

aperture f1.8

Semakin tinggi nilai aperture, semakin tajam ( sharp ) imej
Semakin rendah nilai aperture, semakir samar ( blur ) imej

0 ulasan:

Catat Ulasan

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls