Memory card terdapat dalam pelbagai species seperti yang biasa digunakan oleh jurugambar adalah CF ( Compact Flash ) dan SD card ( Secure digital ). Selain itu terdapat juga XD card ( olympus dan fujifilm menggunakan memory card jeni s ini ) , MS, MS Pro, MS duo, M2, T-Flash, MMC dan lain-lain.
Kalau zaman analog dahulu, filem hanya terhad kepada beberapa frame sahaja antaranya 32 frame per film. Manakala dalam zaman digital pula, penggunaan memory card merujuk kepada saiz kapasiti satu-satu memory card. Ada yang berkapasiti 1 gb, 2gb , 4gb , 8gb , 16gb , malah ada yang ber gb-gb..
Tetapi pada hemat saya, sekadar untuk mengambil beberapa keping gambar, kita perlu menilai berapa jumlah kapasiti yang anda perlukan . Ini kerana, memory card tidak sama dengan filem, di mana memory card boleh menjadi corrupt dan adakalanya tidak dapat berfungsi dengan baik. Andaikata anda telah ambil 8 gb penuh dengan gambar ( gambar event misalnya ) , dan tiba-tiba memory card anda corrupt, maka di situ anda akan kerugian 8gb gambar. dan ini amat merugikan anda. Oleh yang demikian, anda boleh la membuat penilaian berdasarkan keperluan untuk anda menyimpan imej pada satu-satu masa.
Pemilihan berdasarkan keperluan anda boleh dilihat seperti dalam jadual bawah ini :
Camera Sensor | 1 GB card | 2 GB card | 4 GB card | 8 GB card |
5 megapixel | 400 | 800 | 1600 | 3200 |
6 megapixel | 340 | 680 | 1360 | 2720 |
8 megapixel | 280 | 560 | 1120 | 2240 |
12 megapixel | 200 | 400 | 800 | 1600 |
14 megapixel | 170 | 340 | 680 | 1360 |
Ini adalah antara bilangan imej yang dapat dihasilkan berdasarkan camera sensor dan kapasiti memory card secara kasar. Tetapi dalam setting kamera boleh diubah format file yang ingin kita gunakan seperti JPEG, RAW dan TIFF. Setiap perubahan ini akan mengakibatkan perubahan bilangan imej yang dapat disimpan dalam sesebuah memory card.
Semakin besar saiz imej yang kita cuba hasilkan ( menggunakan format TIFF contohnya ) , semakin berkurang bilangan imej yang dapat di simpan didalam memory card.
Compact Flash Memory Card
0 ulasan:
Catat Ulasan