Soalan ini seringkali diutarakan oleh peminat-peminat fotografi yang masih baru dalam bidang fotografi. Terkenang saya ketika mula belajar fotografi. Saya juga turut mengutarakan soalan yang sama. Dari soalan kecil itulah saya di didik, diberi tunjuk ajar dan dibimbing sehingga dapat menemui serba sedikit jawapan dari cikgu-cikgu, mahupun pengalaman yang ada. Tetapi pengalaman saya tidaklah sebanyak jurugambar-jurugambar di luar sana yang lebih luas dan lebih hebat.
Kita lupakan seketika mengenai saya dan jurugambar lain. Apa yang ingin saya kongsikan serba sedikit jawapan mengenai persoalan yang popular ini.
Antara cara untuk mendapatkan imej yang baik adalah pertamanya dengan mengasah setajam-tajam dan memahami sedalam-dalamnya mengenai kamera kita. Secara teknikal asasnya. Bagaimana hendak mengawal ISO, Aperture dan shutter speed pada waktu dan ketika yang sepatutnya. Apabila kita berjaya mengawal ketiga-tiga elemen penting ini, saya yakin dan percaya langkah pertama untuk mendapatkan imej yang baik telah terlaksana. Ini kerana kita berjaya mengawal exposure dan juga sedikit kesan khas yang ingin kita lakukan ( seperti motion ) .
Komposisi & banyakkan shot
Selepas kita berjaya mengawal setting tersebut, kita harus mempraktikkan asas komposisi seperti Rule Of Third yang telah di terangkan dalam topik yang lepas. Cuba dan terus mencuba mengaplikasikan Rule Of Third tersebut dalam pelbagai subjek yang anda inginkan. Lanskap, potret, haiwan peliharaan, pemandangan, tumbuhan, tekstur dan sebagainya.
Apabila anda telah faham betul-betul mengenai RO3 tersebut, antara perkara lain yang anda boleh buat untuk mendapatkan imej yang baik adalah dengan perbanyakkan shot yang anda ambil dari pelbagai sudut ( angle ) . Dari bawah, atas, kiri, kanan, atas kanan, atas kiri, bawah kanan, bawah kiri, depan, belakang dan dari bermacam sudut, untuk satu-satu subjek. Selesai sahaja mengambil shot-shot tersebut, read dalam laptop / PC, dan bezakan hasil pada setiap imej yang berjaya anda hasilkan. Pasti akan anda temui imej terbaik yang anda hasilkan .
Nah! print dan jual imej tu.. hehe..
Manusia
Apabila mengambil imej manusia. Kebiasaanya kita akan panggil mereka dan minta senyuman dan sebagainya. Tetapi pada masa kini, permintaan kepada gambar candid adalah tinggi. Ini kerana penangan daripada gambar candid ini amat hebat. Dari gambar candid kita dapat melihat wajah manusia dan emosi yang ada pada mereka ketika itu. Sedih, gembira, pilu, penat, curiga dan bermacam lagi ekspresi yang dapat kita lihat. Menarik bukan? Jadi, ini adalah antara kaedah untuk mendapatkan imej menarik apabila merakam gambar manusia.t
tetapi perlu diingat supaya aib orang yang kita rakamkan gambar itu terjaga dan tidak disebarkan sesuka hati
Perhatikan sekeliling
Perkara yang sering kita lupa adalah untuk peka terhadap keadaan sekeliling yang berada di sekitar belakang subjek kita. Kita seringkali menumpukan sepenuh perhatian terhadap subjek kita tanpa menghiraukan keadaan yang berada di belakang subjek.
Apa yang ada di belakang subjek itu adalah merupakan background yang akan kekal di dalam imej yang bakal kita hasilkan. Jangan cacatkan imej anda dengan objek yang tidak perlu.
Contohnya anda merakamkan gambar model. Anda asyik menumpukan perhatian untuk mengambil gambar model tersebut tanpas menghiraukan apa yang ada di belakang model tersebut. Apabila anda buat semakan gambar semula, baru anda perasan ada tong sampah besar bersepah di belakang. Anda telah membuang masa dan tenaga anda bersama model tersebut.
Fikirkan mengenai jarak fokal ( focal length )
Focal length ada kaitan dengan imej yang bakal kita hasilkan. Rujuk pada topik focal length. Apa yang mesti diingatkan, contohnya anda menggunakan focal length 12mm ( wide-angle ) pada keadaan begini, gambar kita akan ada distortion ( tarikan ) pada sisi imej. Perkara ini menyebabkan gambar kelihatan pelik seperti kepala manusia jadi lonjong/ memanjang. Sebolehnya perkara ini di elakkan. NAMUN, ada sesetengah keadaan , apabila kita menggunakan focal length 12mm tersebut, gambar akan jadi cantik dan menarik.
Antara imej yang dirakamkan menggunakan wide angle lens. Kita dapat lihat kesan tarikan ( distortion ) pada imej yang berlaku. Tetapi kena dan sesuai pada masanya menyebabkan imej kelihatan menarik.
0 ulasan:
Catat Ulasan