Asasnya mudah,, anda hanya perlu lakarkan 4 garisan bersilang seperti yang tertera di atas. Persilangan tersebut mestilah menghasilkan kotak / petak yang sama besar setiap satunya.
Baiklah. Bagaimana kita mahu menggunakan teori ini? Mudah sahaja. Pertamanya anda perlu meletakkan subjek ( fokus utama ) anda pada salah satu garisan melintang atau menegak seperti yang tertera pada gambar rajah di bawah
Selain itu, boleh juga meletakkan subjek anda pada salah satu antara 4 titik persilangn yang ada dalam RO3 tersebut seperti gambar rajah di bawah ini.
Kita lihatkan beberapa contoh di bawah untuk Rule Of Third ini.
Pada gambar di sebelah ini saya meletakkan bot tersebut pada garisan menegak di sebelah kanan supaya teori ini dapat diaplikasikan dan lihat impak pada gambar tersebut.
Gambar di sebelah ini saya letakkan juga subjek utama saya di sebelah kanan imej tepat pada garisan RO3 dan ia menambahkan kesan pada penceritaan imej tersebut.
Gambar di sebelah ini pula saya letakkan di salah satu antar 4 titik persilangan yang ada untuk menghasilkan sebuah gambar yang menarik dan mempunyai restpoint yang luas.
Subjek yang diletakkan pada garisan RO3 ini disebut sebagai point of interest dimana ia merupakan point yang paling menarik cuba kita sampaikan dalam imej yang kita cuba hasilkan. Latih diri anda untuk membiasakan diri dengan RO3 ini supaya kita dapat menguasai asas kepada komposisi sebelum kita pergi melihat kepada jenis-jenis komposisi yang lain.
subjek anda tidak semestinya berada tepat pada garisan yang ada dalam RO3 ini. Cukup sekadar subjek anda diletakkan hampir kepada garisan tersebut
0 ulasan:
Catat Ulasan