Isnin, 15 Ogos 2011

Tips ringkas beli dslr

DSLR ataupun digital single lens reflex kini telah menjadi satu fenomena apabila ia dilhat pada masa kini seperti sebuah keperluan sama penting seperti laptop, handphone ataupun komputer di rumah. Tetapi dalam keghairahan mencari DSLR inilah ramai yang adakalanya tertipu dan rasa menyesal apabila tersalah membuat pilihan akan DSLR yang diidamkan. Hanya tahu membeli tanpa tahu kepentingan dan spesifikasi yang penting untuk kegunaan. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli DSLR. D3X_2_1600x1200

Setelah beberapa tahun menjadi pengguna DSLR ini, saya ketahui beberapa perkara mengenai DSLR di antaranya adalah  :

Jenama DSLR

Perkara pertama yang akan menjadi topik hangat pada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan DSLR adalah.

jenama apa yang patut saya beli? nikon atau canon? ataupun sony?

Baiklah, pertamanya perlu diketahui bahawa setiap jenama punya pro dan kontra masing-masing. Dan ia hanya bertepatan akan citarasa pengguna itu sendiri.

Saya merupakan salah seorang pengguna nikon sejak mula menceburkan diri dalam bidang ini lagi. Tetapi, saya juga pernah menggunakan canon ( milik kawan ) untuk mencari serba sedikit perbezaan dari kedua jenama ini. Bagi saya, nikon mempunyai warna yang agak natural ( hampir sama dengan apa yang kita lihat ) manakala canon pula warna kuning nya agak pudar.

Melihat kepada tahap performance pula, canon memberikan kelebihan apabila ia mampu melakukan continous shoot ( multiple shoot ) lebih laju , banyak dan tahan lama berbanding nikon.

Jadi melihatkan perkara ini, kedua-dua jenama utama ini ada pro dan kontra nya. Nikon mungkin sesuai digunakan untuk merakam gambar pemandangan dan gambar-gambar yang tidak perlukan keadaan yang tergesa-gesa ( rushing ) . Manakala canon pula sesuai untuk gambar-gambar modelling contohnya, dan gambar sukan yang mana memerlukan tahap continous shot yang amat tinggi.

Namunpun begitu, itu hanyalah sekadar pandangan saya yang cetek ini. Bagi saya juga, tidak menjadi masalah seandainya menggunakan apa-apa jenama sekalipun untuk apa-apa jenis keadaan seandainya kita yang memegang kamera tersebut, mampu mengawal dengan baik.

Level DSLR

Selain itu, untuk pengetahuan kita bersama samada yang dah pun mengetahui, mahupun yang belum. DSLR ini ada level atau tahapnya. bermula dari entry level, mid level dan high end level.

imageuploadimageng6

 

 

Entry level adalah asas ( basic ) kamera dalam kategori DSLR dan dicipta untuk kegunaan beginner / mereka yang baru berjinak dengan bidang ini. Dalam nikon, antara entry level adalah nikon D40 ,D60, D80, D3000, D5000. Manakala dalam kalangan canon pula seperti 300D, 350D, 400D, 450D .

 

79898277.PuKMD25RMid level pula adalah level pertengahan di mana pada level ini adalah bagi mereka yang mula serius dan mahu pergi lebih jauh dalam bidang ini. Antar Mid level yang telah dicipta antaranya adalah D300,D200, 5D mk I dan 7D.

High end level pula adalah bagi mereka yang menjana pendapatan secara profesional dalam bidang foto ini dan kamera ini amat bagus dan harga nya juga sangat-sangat best. Antara high end level DSLR yang telah ada di pasaran antaranya nikon D3 , nikon D3x, canon 1D mk IV.

itsyou_1280

Bagi yang baru nak memasuki alam foto ini, saya mencadangkan supaya membeli kamera dari level entry ataupun kalau anda mempunyai bajet lebih, ambil sahaja mid level. Saya tidak mencadangkan anda untuk membeli kamera yang berada pada tahap tinggi sebagai permulaan kerana pada kebiasaanya kita akan gunakan entry level kamera ini sebagai permulaan pembelajaran kita dalam bidang ini.

DSLR adalah sebuah gadjet yang sensitif. Ia juga harus di maintain ( maintenance ) supaya tidak rosak dengan cepat. Maintenance DSLR ini memerlukan kos yang tinggi. Semakin tinggi level sesebuah kamera, semakin tinggi kos untuk menyelenggaranya ( maintenance )

Spesifikasi

Jangka hayat sel / bateri

Salah satu aspek penting dalam memilih kamera. Ini kerana jangka hayat bateri yang lama membolehkan anda merakamkan imej yang lebih banyak tanpa perlu risau akan bateri yang kehabisan dengan cepat. Antara faktor penyebab jangka hayat bateri menjadi sedikit adalah salah satu kerana skrin yang besar. Skrin yang besar akan menggunakan bateri yang banyak selain sistem automatik dan VR ( vibration reduction ) atau IS ( image stabiliser ) pada lens.

Megapixel

Megapixel juga memainkan peranan dalam pemilihan kamera yang ingin anda miliki. Lihat pada keperluan anda terhadap kamera ini. Kemanakah imej-imej yang anda ambil itu bakal diletakkan nanti? Internet ( web / blog ) ? Cetak dengan skala yang besar?

Sekiranya jawapan anda adalah untuk meletakkan hanya di internet, maka megapixel yang kecil sudah memadai . Cukup sekadar 2 MP kerana imej didalam internet tidak perlu terlampau besar dan berat kerana imej yang besar dan berat akan juga mempengaruhi kadar kelajuan loading web / blog anda.

Dan seandainya jawapan anda adalah untuk  dicetak, maka megapixel yang besar adalah diperlukan. Megapixel yang paling sesuai untuk mencetak pada saiz 4R (  4x6 inci ) adalah 6 MP. Sekiranya anda ingin mencetak lebih besar lagi, maka megapixel yang diperlukan juga adalah besar. Perkara ini di bincangkan dalam topik menentukan saiz imej untuk cetakan .

Lensa zoom

Tidak sah seandainya tidak terdetik dalam hati untuk memiliki lensa zoom. Ini kerana lensa zoom ini akan memudahkan kerja kita dalam merakamkan imej dalam jarak yang jauh. Namun setiap lensa mempunyai peranan dan kesesuaian yang tersendiri. Oleh yang demikian , pengetahuan serba sedikit mengenai pemilihan lensa juga perlu ada.

Kawalan exposure

Kawalan exposure seperti ISO,  shutter speed dan aperture adalah antara faktor terpenting dalam pemilihan sesebuah kamera. Ini kerana setiap kamera memberikan kemampuan kawalan exposure yang berlainan. Berbeza dengan kamera digital biasa yang mana kebanyakan setting adalah auto dan ini tidak menjamin kepuasan bagi mereka yang berminat dengan kawalan manual sepenuhnya.

Ada kamera yang hanya mampu memberikan nilai shutter speed sehingga 1/4000 sahaja, dan ada juga yang mampu sehingga 1/8000. Ada kamera yang mampu memberikan penggunaan ISO sehingga 1600 sahaja dan ada juga sehingga 6400 tanpa wujud sebarang noise.

Maka, kawalan exposure mana yang anda perlukan, itulah yang menjadi pilihan anda.

Mesra Pengguna ( user friendly )

Ini juga adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan kamera anda. Kamera yang ingin dibeli anda perlulah bersifat mesra pengguna. Apakah mesra pengguna yang dimaksudkan?

Dalam pasaran masa kini, terdapat pelbagai jenis kamera dengan saiz yang berbeza . Ada yang bersaiz kecil dan ada juga yang bersaiz besar. Malah lebih besar dari 2 telapak tangan kita ( bagi yang bertangan kecil ) . Jadi, adakah kita yang berbadan kecil mahukan kamera yang terlalu besar? Ini akan menyukarkan kita untuk membawa kamera tersebut ke serata tempat yang kita ingin kan . Dan akhirnya, kamera itu akan ditinggalkan dibuat pekasam dalam beg atau almari.

Selain itu, kamera juga wujud dengan pelbagai berat. Pastikan berat kamera anda adalah di atas kemampuan anda sendiri. Tidak semestinya berat itu bagus. Ini kerana ia akan mengganggu performance kerja kita pula apabila kita sentiasa penat dan sakit tangan untuk mengangkat kamera yang berat itu.

Setting yang mudah untuk dicapai juga amat penting. Kebanyakan kamera dalam entry level, settingnya berada pada button menu pada skrin dan memerlukan masa untuk kita capai dan mengubah setting tersebut. Tetapi tidak pada kamera Mid-level dan high-end level . Butang-butang penting berada di sekiitar jari kita dan hanya mengambil masa tidak sampai 1 saat untuk kita mencapai dan mengubah setting yang kita inginkan . Ini akan memudahkan serta mempercepatkan kerja kita. canon-7d-top-1

butang shutter speed, ISO, Whitebalance, auto focus, dan lain-lain yang mudah di capai

Inilah mesra pengguna yang saya maksudkan.

Shutter Count ( 2nd hand kamera )

Ada dalam kalangan kita yang tidak mampu untuk mendapatkan kamera baru dengan harga baru di pasaran. Maka kamera 2nd hand menjadi pilihan sekadar untuk melengkapkan keinginan untuk memiliki kamera. Dalam pemilihan kamera 2nd hand juga, perkara-perkara seperti di atas perlu di utamakan di sampaing perkara yang akan saya perkatakan ini.

“Shutter Count” merujuk kepada bilangan shutter yang telah digunakan. Untuk memudahkan pemahaman, senang dikatakan ia adalah bilangan berapa kali kita dah petik shutter release kamera. Ada yang telah klik lebih dari 1 ribu, 5 ribu, 10 ribu, 50 ribu dan banyak lagi.

Shutter count ini lah yang menentukan harga nilai kamera 2nd hand ini.

Semakin banyak bilangannya dipetik, semakin berkurang harga kamera 2nd hand tersebut

Ini kerana, apabila sampai suatu tahap, shutter akan haus dan tidak mampu berfungsi lagi dan dengan itu, kita terpaksa menukarkan shutter yang baru. Inilah antara maintenance yang saya katakan. Shutter tersebut perlu ditukar apabila haus.

Bagi yang hendak mendapatkan 2nd hand kamera, pastikan shutter count tersebut kurang kerana, apabila anda membeli dengan bilangan shutter yang banyak, tidak berapa lepas itu anda terpaksa menukar yang baru kerana shutter telah haus. Dan perkara ini melibatkan kos. Anda telah berhabisan untuk mendapatkan kamera, dan terpaksa berhabisan sekali lagi untuk shutter yang baru.

Kesimpulannya, untuk memiliki DSLR bukan lah semudah yang anda sangkakan. Ini baru sedikit dari sebanyak-banyaknya aspek teknikal yang anda perlu fahami sebelum mendapatkan kamera yang baru. Saranan saya, bagi yang berkemampuan, tiada masalah untuk memiliki DSLR . Tetapi bagi yang tidak cukup kemampuannya, jangan terpengaruh dengan orang lain hanya kerana ingin nampak sama taraf. Kamera hanya satu aspek yang menentukan taraf seseorang jurugambar. Tetapi orang yang memegang kamera tersebut yang akan menentukan di taraf manakah dia mahu berada.

Kamera hanya menghasilkan imej. Tetapi kita mencipta imej dengan mata hati kita. Bagi yang tidak berkemampuan, Banyak lagi jenis kamera dengan kemudahan manual setting yang telah dicipta sekarang dan kualitinya juga tidak jauh berbeza dengan yang dihasilkan oleh DSLR

aa

Salah satu kamera yang berkemampuan seperti DSLR ( yang ini boleh hasilkan 3D )

3 ulasan:

ariey berkata...

trimas atas tip.... Selalu pakai gak nikon n canon... So, dah tahu serba ckit bezanya...

ainuddin hata berkata...

sama2 ariey. insyaALLAH kita akan kongsikan lebih byk lagi.. :)

B berkata...

excuse me? kalau Nikon Coolpix L330 ok tak? idk pasal camera and nak tahu pasal quality macam mana?

Catat Ulasan

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls