Selasa, 30 Ogos 2011

Strobist di hari lebaran

Salam ukhwah kepada semua pembaca. Alhamdulillah tiba sudah lebaran buat kita seluruh umat Islam. Sebulan kita berpuasa dan akhirnya berjaya juga kita menyempurnakan kewajipan kita selama sebulan. Mudah-mudahan diberi kesempatan lagi buat kita semua untuk bersama-sama menjalani ibadah puasa lagi pada tahun hadapan.

Di kesempatan ini, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan Maaf Zahir dan Batin.

Baiklah, pada hari lebaran ini, pastinya penggemar-penggemar DSLR dan fotografi diluar sana, yang pastinya tidak akan mensia-siakan hari yang bahagia ini untuk merakamkan detik-detik indah bersama sanak-saudara mahupun rakan taulan. Begitu jugalah ceritanya dengan saya.

Pada kali ini, saya ambil kesempatan untuk membuat beberapa shot menggunakan Creative Lighting System ataupun off flash techniques dalam merakamkan imej potret.

Pada kali ini, saya menggunakan beberapa peralatan iaitu :

- lensa 50mm f1.8
- body nikon D100
- Nissin Di622
- Nikon SB-900
- Phottix tetra ( trigger n receiver )
- tripod
- lighting stand bersama umbrella ( white diffuse umbrella )
- DIY snoot ( menggunakan sugar paper )

Berikut merupakan set up yang telah saya gunakan .

IMG

maaf lakaran x cantik.. hehe

Antara setting kamera yang telah saya gunakan adalah seperti berikut :

Shutter Speed : 1/100
Aperture : f 7, f8
ISO : 400

Dan kita lihat beberapa hasil daripada setting tersebut. :

DSC_5265baDSC_5226ba

Jadi kepada anda diluar sana selamat mencuba..

Untuk melihat antara hasil pengolahan cahaya yang lain bolehlah klik di sini

Isnin, 29 Ogos 2011

RAya raya raya!!

Alhamdulillah.. sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga, nafsu dan juga dosa.. maka hampirlah saat kemenangan yang dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Bukan sahaja di Malaysia, malah di Uruguay, Zimbabwe, Cambodia, Turki, Morocco dan sebagainya menantikan saat yang gembira ini iaitu Hari Raya Aidilifitri.

Tidak terlepas juga kita yang berada dalam team I.S.O Photography ini.

Luahkan kata-kata anda dengan memberikan imej hari raya pilihan anda ke group ini ( link ) .

Syarat-syarat penghantaran imej.

- Pastikan gambar anda di upload khas di dalam I.S.O Photography Group ( link ) .

- Gambar bebas dengan tema dan idea masing-masing

- Sertakan bersama ucapan dan nama anda di dalam imej tersebut.

Imej anda akan di paparkan di dalam I.S.O. Blogzine.. 308301_239399186103936_100001015702113_646444_4212404_n

Cuha X Hafiz ( admin )

307572_251656528199637_100000658758889_871886_4203704_n

Mercun Roket

292082_206640942731206_100001559064336_569675_3655030_n

Ameer Izkandar

254714_164709516938314_130160920393174_329065_2922063_n

Shahrir Rohaizad

Jumaat, 26 Ogos 2011

Salam Aidilfitri

Selamat menyambut hari lebaran yang bakal menjelang. Berjuta kemaafan di pohon daripada anda . Semoga lebaran pada kali ini lebih bermakna dan ceria di samping keluarga yang tercinta.. Terimalah serangkap pantun foto dari saya…

Pecah kaca,
        Pecah Gelas,
Sudah baca,
        Harap Balas..

salam raya

Isnin, 22 Ogos 2011

Contest reka baju

Kali ni I.S.O Blogzine nak adakan contest rekabentuk baju untuk outing yang akan datang. 

Print

Tempoh pertandingan : 

Bermula 22 ogos 2011 sehingga tarikh outing diumumkan ( ade mase lame ni.. hantar banyak2 idea ea.. )

Syarat-syarat penyertaan :

-Mestilah menjadi ahli I.S.O Photography Group di Facebook ( link )

Syarat-syarat design pada baju :

- wajib meletakkan logo I.S.O. Photography seperti yang tertera di awal post.
- Unsur-unsur negatif adalah dilarang sama sekali
- Warna tidak terhad tetapi mestilah menarik
- Menggunakan elemen-elemen fotografi
- ringkas dan menarik
- xde syarat banyak2.. huhu

Hadiah :

Bukan DSLR, bukan Aksesori kamera, bukan kereta, bukan motor.. huhu

Design yang terpilih akan di gunakan sewaktu outing yang akan datang.

Dan mereka yang designnya terpilih ini akan diberikan baju tersebut secara PERCUMA.

Cara-cara penyertaan :

- Sertai facebook kami di sini terlebih dahulu
- Hantarkan imej ( JPEG atau PNG ) ke wall I.S.O Photography Group
- Nyatakan, mengapa design anda perlu dipilih..

SEMOGA BERJAYA

Sabtu, 20 Ogos 2011

Gambar Terbaik Anda

  Baru-baru ini, I.S.O Photography group (link) telah mengadakan event kecil-kecilan. Dalam event ini, ahli I.S.O telah diminta menghantarkan imej-imej terbaik untuk dipaparkan dalam blog ini.

memandangkan kesemua imej adalah menarik dan terbaik, saya bercadang untuk menerbitkan kesemuanya sekali dalam satu posting.

Dimasa yang lain insyaALLAH kita akan adakan lagi event-event berbentuk begini dengan tema-tema yang menarik.

Mari kita tinjau imej-imej yang telah dihantar kepada group ini. [ imej disusun secara rambang ( random) ]

205938_243623699002920_100000658758889_843629_5904324_n

Imej oleh Farra Mikail

185529_2340265984847_1195847327_3658538_1156698_n

Gambar oleh Shafiq Ahmad

titian301179_264087900269233_100000040750406_1113486_3120461_n

291733_263591970318826_100000040750406_1112079_6378666_n

Imej oleh saudara Podya Ismail

198637_1810023104051_1644200370_1449968_4001820_n

295482_1814830664237_1644200370_1455529_542597_n

185216_1816689230700_1644200370_1458393_200356_n

Imej oleh Mercun Katak

184131_2163196592350_1019647223_32321844_7526757_n

Imej oleh Huzai Al-Yahya

283423_202954103095407_100001424578683_544439_5039865_n

Imej oleh Fira Natasya

262915_260485887312535_100000533765278_1062323_551694_n

Imej oleh Anuar Md Zain

284794_271463456201428_100000133285856_1287480_4039462_n

Imej oleh Mohd Aidil Azhar

295234_10150287275617840_825292839_7876994_4388516_n

Imej oleh Shazwan Shahrudin

184168_270135956333463_100000111823042_1206460_7512891_n

293636_271103966236662_100000111823042_1211786_6995559_n

Gambar oleh Anwar Hernandez VI

293824_243475205687321_100000745295424_792966_5923871_n

298064_245243395510502_100000745295424_798750_6046056_n

185304_246368928731282_100000745295424_802340_7056270_n

Gambar oleh Shahrir  Rohaizad

228984_1484543531121_1759881504_761966_4490738_n

262459_1486131610822_1759881504_764322_1857563_n

206007_1489492374839_1759881504_767504_779760_n

Gambar oleh Penyu Hactive

   226141_1484718015247_1752783025_742960_1881562_n

297403_1485876164200_1752783025_744246_122045_n

Gambar oleh Fariss Suwonda

294254_2003060038547_1304994458_31973313_1912540_n

293566_2002743510634_1304994458_31972887_5430121_n

Gambar oleh Qusbix Sydina Abidin

295358_219031248144144_154678131246123_591761_8004926_n

Gambar oleh Muhammad Zabidi

228851_251590628198428_100000424775559_925595_558433_n

185370_253130754711082_100000424775559_930910_1249909_n

Gambar oleh Muhammad Raizzudin Ab Rashid

297966_2385810044443_1226524233_32951907_7056569_n 309969_2385774883564_1226524233_32951865_7652709_n

298887_2385764763311_1226524233_32951856_562575_n

Gambar oleh Eiriizm Yuki

 185258_1919665871966_1251611481_31634376_3449177_n

Gambar oleh Asas Syahmi

298261_2319133657723_1230978887_32799538_8159462_n

Gambar oleh ‘Zeck ‘Abdullah

297602_10150297373064415_622609414_7735715_5217022_n

298517_10150297373764415_622609414_7735722_3457219_n

Gambar oleh Isymah Aris

Imej di atas di antara imej yang telah saya shortlistedkan (kalau ada 1 org hantar lebih, sy pilih 2 atau 3 terbaik ) . Ramai yang telah menghantar imej-imej yang amat baik. Sehingga menyukarkan saya untuk memilih imej yang terbaik. Untuk melihat imej lebih lagi, boleh lawati group kami di sini.

Terima kasih atas sokongan bagi menjayakan event ini.. Anda memang terbaik!!!

Rabu, 17 Ogos 2011

Tentukan saiz imej untuk cetakan

Pada topik yang lepas saya ada menyebutkan tentang pemilihan megapixel berkaitan dengan cetakan yang ingin kita lakukan bukan?

Pada posting kali ini, mari kita sama-sama menyingkap sedikit tentang bagaimana kita mahu menentukan saiz imej ideal untuk cetakan, sesuai dengan megapixel ( resolution )  kamera kita.

Resolution untuk sesuatu imej digital di kira dalam pixel per inch (ppi) . Dan standard untuk mencapai tahap cetakan imej berkualiti adalah 300 ppi.

PPI ( pixel per inch ) adalah ukuran pixel dalam digital manakala DPI ( dots per inch ) pula merujuk kepada berapa bilangan dot yang dapat dioleh dakwat dalam setiap inci cetakan imej .

Jadi, di sini saya kongsikan sedikit mengenai bagaimana untuk kita menentukan saiz imej yang sesuai untuk dicetak.

Secara matematikal teori, formulanya adalah seperti berikut :

dapatkan pixel bagi imej anda ( rujuk pada resolution kamera , berapa megapixel )

Contohnya 3MP kamera akan menghasilkan 2048 ( lebar ) x 1536 ( tinggi ) pixel

Formulanya adalah seperti berikut :

2048 ( pixel )

___________  = 6.82   

300 ( ppi )

ini bermaksud , kesesuaian untuk panjang lebar imej adalah 7 inci ( setelah 6.82 dibundarkan )

1536 ( pixel )

__________      = 5.12

300 ( ppi )

dan kesesuaian tinggi pula adalah 5 inci.

Secara pemahamannya, kamera dengan 3 Megapixel dapat dicetak pada saiz 7x5 inci ( skala cetakan paling besar dapat dicapai )

step-two---pse Image > image size

Untuk memeriksa pixel bagi imej anda, buka imej di dalam adobe photoshop.

Dan cari image size. kemudian setkan skala imej kepada pixel ( ada cm, inch dll ) .

Kemudian aplikasikan formula yang telah saya tunjukkan untuk mendapatkan saiz cetakan yang sesuai. 

 

Namunpun begitu, ini hanya sekadar teori di mana anda juga boleh mencuba untuk mencetak lebih besar dari saiz yang mampu dicapai ni.

Isnin, 15 Ogos 2011

Tips ringkas beli dslr

DSLR ataupun digital single lens reflex kini telah menjadi satu fenomena apabila ia dilhat pada masa kini seperti sebuah keperluan sama penting seperti laptop, handphone ataupun komputer di rumah. Tetapi dalam keghairahan mencari DSLR inilah ramai yang adakalanya tertipu dan rasa menyesal apabila tersalah membuat pilihan akan DSLR yang diidamkan. Hanya tahu membeli tanpa tahu kepentingan dan spesifikasi yang penting untuk kegunaan. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli DSLR. D3X_2_1600x1200

Setelah beberapa tahun menjadi pengguna DSLR ini, saya ketahui beberapa perkara mengenai DSLR di antaranya adalah  :

Jenama DSLR

Perkara pertama yang akan menjadi topik hangat pada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan DSLR adalah.

jenama apa yang patut saya beli? nikon atau canon? ataupun sony?

Baiklah, pertamanya perlu diketahui bahawa setiap jenama punya pro dan kontra masing-masing. Dan ia hanya bertepatan akan citarasa pengguna itu sendiri.

Saya merupakan salah seorang pengguna nikon sejak mula menceburkan diri dalam bidang ini lagi. Tetapi, saya juga pernah menggunakan canon ( milik kawan ) untuk mencari serba sedikit perbezaan dari kedua jenama ini. Bagi saya, nikon mempunyai warna yang agak natural ( hampir sama dengan apa yang kita lihat ) manakala canon pula warna kuning nya agak pudar.

Melihat kepada tahap performance pula, canon memberikan kelebihan apabila ia mampu melakukan continous shoot ( multiple shoot ) lebih laju , banyak dan tahan lama berbanding nikon.

Jadi melihatkan perkara ini, kedua-dua jenama utama ini ada pro dan kontra nya. Nikon mungkin sesuai digunakan untuk merakam gambar pemandangan dan gambar-gambar yang tidak perlukan keadaan yang tergesa-gesa ( rushing ) . Manakala canon pula sesuai untuk gambar-gambar modelling contohnya, dan gambar sukan yang mana memerlukan tahap continous shot yang amat tinggi.

Namunpun begitu, itu hanyalah sekadar pandangan saya yang cetek ini. Bagi saya juga, tidak menjadi masalah seandainya menggunakan apa-apa jenama sekalipun untuk apa-apa jenis keadaan seandainya kita yang memegang kamera tersebut, mampu mengawal dengan baik.

Level DSLR

Selain itu, untuk pengetahuan kita bersama samada yang dah pun mengetahui, mahupun yang belum. DSLR ini ada level atau tahapnya. bermula dari entry level, mid level dan high end level.

imageuploadimageng6

 

 

Entry level adalah asas ( basic ) kamera dalam kategori DSLR dan dicipta untuk kegunaan beginner / mereka yang baru berjinak dengan bidang ini. Dalam nikon, antara entry level adalah nikon D40 ,D60, D80, D3000, D5000. Manakala dalam kalangan canon pula seperti 300D, 350D, 400D, 450D .

 

79898277.PuKMD25RMid level pula adalah level pertengahan di mana pada level ini adalah bagi mereka yang mula serius dan mahu pergi lebih jauh dalam bidang ini. Antar Mid level yang telah dicipta antaranya adalah D300,D200, 5D mk I dan 7D.

High end level pula adalah bagi mereka yang menjana pendapatan secara profesional dalam bidang foto ini dan kamera ini amat bagus dan harga nya juga sangat-sangat best. Antara high end level DSLR yang telah ada di pasaran antaranya nikon D3 , nikon D3x, canon 1D mk IV.

itsyou_1280

Bagi yang baru nak memasuki alam foto ini, saya mencadangkan supaya membeli kamera dari level entry ataupun kalau anda mempunyai bajet lebih, ambil sahaja mid level. Saya tidak mencadangkan anda untuk membeli kamera yang berada pada tahap tinggi sebagai permulaan kerana pada kebiasaanya kita akan gunakan entry level kamera ini sebagai permulaan pembelajaran kita dalam bidang ini.

DSLR adalah sebuah gadjet yang sensitif. Ia juga harus di maintain ( maintenance ) supaya tidak rosak dengan cepat. Maintenance DSLR ini memerlukan kos yang tinggi. Semakin tinggi level sesebuah kamera, semakin tinggi kos untuk menyelenggaranya ( maintenance )

Spesifikasi

Jangka hayat sel / bateri

Salah satu aspek penting dalam memilih kamera. Ini kerana jangka hayat bateri yang lama membolehkan anda merakamkan imej yang lebih banyak tanpa perlu risau akan bateri yang kehabisan dengan cepat. Antara faktor penyebab jangka hayat bateri menjadi sedikit adalah salah satu kerana skrin yang besar. Skrin yang besar akan menggunakan bateri yang banyak selain sistem automatik dan VR ( vibration reduction ) atau IS ( image stabiliser ) pada lens.

Megapixel

Megapixel juga memainkan peranan dalam pemilihan kamera yang ingin anda miliki. Lihat pada keperluan anda terhadap kamera ini. Kemanakah imej-imej yang anda ambil itu bakal diletakkan nanti? Internet ( web / blog ) ? Cetak dengan skala yang besar?

Sekiranya jawapan anda adalah untuk meletakkan hanya di internet, maka megapixel yang kecil sudah memadai . Cukup sekadar 2 MP kerana imej didalam internet tidak perlu terlampau besar dan berat kerana imej yang besar dan berat akan juga mempengaruhi kadar kelajuan loading web / blog anda.

Dan seandainya jawapan anda adalah untuk  dicetak, maka megapixel yang besar adalah diperlukan. Megapixel yang paling sesuai untuk mencetak pada saiz 4R (  4x6 inci ) adalah 6 MP. Sekiranya anda ingin mencetak lebih besar lagi, maka megapixel yang diperlukan juga adalah besar. Perkara ini di bincangkan dalam topik menentukan saiz imej untuk cetakan .

Lensa zoom

Tidak sah seandainya tidak terdetik dalam hati untuk memiliki lensa zoom. Ini kerana lensa zoom ini akan memudahkan kerja kita dalam merakamkan imej dalam jarak yang jauh. Namun setiap lensa mempunyai peranan dan kesesuaian yang tersendiri. Oleh yang demikian , pengetahuan serba sedikit mengenai pemilihan lensa juga perlu ada.

Kawalan exposure

Kawalan exposure seperti ISO,  shutter speed dan aperture adalah antara faktor terpenting dalam pemilihan sesebuah kamera. Ini kerana setiap kamera memberikan kemampuan kawalan exposure yang berlainan. Berbeza dengan kamera digital biasa yang mana kebanyakan setting adalah auto dan ini tidak menjamin kepuasan bagi mereka yang berminat dengan kawalan manual sepenuhnya.

Ada kamera yang hanya mampu memberikan nilai shutter speed sehingga 1/4000 sahaja, dan ada juga yang mampu sehingga 1/8000. Ada kamera yang mampu memberikan penggunaan ISO sehingga 1600 sahaja dan ada juga sehingga 6400 tanpa wujud sebarang noise.

Maka, kawalan exposure mana yang anda perlukan, itulah yang menjadi pilihan anda.

Mesra Pengguna ( user friendly )

Ini juga adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan kamera anda. Kamera yang ingin dibeli anda perlulah bersifat mesra pengguna. Apakah mesra pengguna yang dimaksudkan?

Dalam pasaran masa kini, terdapat pelbagai jenis kamera dengan saiz yang berbeza . Ada yang bersaiz kecil dan ada juga yang bersaiz besar. Malah lebih besar dari 2 telapak tangan kita ( bagi yang bertangan kecil ) . Jadi, adakah kita yang berbadan kecil mahukan kamera yang terlalu besar? Ini akan menyukarkan kita untuk membawa kamera tersebut ke serata tempat yang kita ingin kan . Dan akhirnya, kamera itu akan ditinggalkan dibuat pekasam dalam beg atau almari.

Selain itu, kamera juga wujud dengan pelbagai berat. Pastikan berat kamera anda adalah di atas kemampuan anda sendiri. Tidak semestinya berat itu bagus. Ini kerana ia akan mengganggu performance kerja kita pula apabila kita sentiasa penat dan sakit tangan untuk mengangkat kamera yang berat itu.

Setting yang mudah untuk dicapai juga amat penting. Kebanyakan kamera dalam entry level, settingnya berada pada button menu pada skrin dan memerlukan masa untuk kita capai dan mengubah setting tersebut. Tetapi tidak pada kamera Mid-level dan high-end level . Butang-butang penting berada di sekiitar jari kita dan hanya mengambil masa tidak sampai 1 saat untuk kita mencapai dan mengubah setting yang kita inginkan . Ini akan memudahkan serta mempercepatkan kerja kita. canon-7d-top-1

butang shutter speed, ISO, Whitebalance, auto focus, dan lain-lain yang mudah di capai

Inilah mesra pengguna yang saya maksudkan.

Shutter Count ( 2nd hand kamera )

Ada dalam kalangan kita yang tidak mampu untuk mendapatkan kamera baru dengan harga baru di pasaran. Maka kamera 2nd hand menjadi pilihan sekadar untuk melengkapkan keinginan untuk memiliki kamera. Dalam pemilihan kamera 2nd hand juga, perkara-perkara seperti di atas perlu di utamakan di sampaing perkara yang akan saya perkatakan ini.

“Shutter Count” merujuk kepada bilangan shutter yang telah digunakan. Untuk memudahkan pemahaman, senang dikatakan ia adalah bilangan berapa kali kita dah petik shutter release kamera. Ada yang telah klik lebih dari 1 ribu, 5 ribu, 10 ribu, 50 ribu dan banyak lagi.

Shutter count ini lah yang menentukan harga nilai kamera 2nd hand ini.

Semakin banyak bilangannya dipetik, semakin berkurang harga kamera 2nd hand tersebut

Ini kerana, apabila sampai suatu tahap, shutter akan haus dan tidak mampu berfungsi lagi dan dengan itu, kita terpaksa menukarkan shutter yang baru. Inilah antara maintenance yang saya katakan. Shutter tersebut perlu ditukar apabila haus.

Bagi yang hendak mendapatkan 2nd hand kamera, pastikan shutter count tersebut kurang kerana, apabila anda membeli dengan bilangan shutter yang banyak, tidak berapa lepas itu anda terpaksa menukar yang baru kerana shutter telah haus. Dan perkara ini melibatkan kos. Anda telah berhabisan untuk mendapatkan kamera, dan terpaksa berhabisan sekali lagi untuk shutter yang baru.

Kesimpulannya, untuk memiliki DSLR bukan lah semudah yang anda sangkakan. Ini baru sedikit dari sebanyak-banyaknya aspek teknikal yang anda perlu fahami sebelum mendapatkan kamera yang baru. Saranan saya, bagi yang berkemampuan, tiada masalah untuk memiliki DSLR . Tetapi bagi yang tidak cukup kemampuannya, jangan terpengaruh dengan orang lain hanya kerana ingin nampak sama taraf. Kamera hanya satu aspek yang menentukan taraf seseorang jurugambar. Tetapi orang yang memegang kamera tersebut yang akan menentukan di taraf manakah dia mahu berada.

Kamera hanya menghasilkan imej. Tetapi kita mencipta imej dengan mata hati kita. Bagi yang tidak berkemampuan, Banyak lagi jenis kamera dengan kemudahan manual setting yang telah dicipta sekarang dan kualitinya juga tidak jauh berbeza dengan yang dihasilkan oleh DSLR

aa

Salah satu kamera yang berkemampuan seperti DSLR ( yang ini boleh hasilkan 3D )

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls