Selasa, 30 Ogos 2011

Strobist di hari lebaran

Salam ukhwah kepada semua pembaca. Alhamdulillah tiba sudah lebaran buat kita seluruh umat Islam. Sebulan kita berpuasa dan akhirnya berjaya juga kita menyempurnakan kewajipan kita selama sebulan. Mudah-mudahan diberi kesempatan lagi buat kita semua untuk bersama-sama menjalani ibadah puasa lagi pada tahun hadapan.

Di kesempatan ini, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan Maaf Zahir dan Batin.

Baiklah, pada hari lebaran ini, pastinya penggemar-penggemar DSLR dan fotografi diluar sana, yang pastinya tidak akan mensia-siakan hari yang bahagia ini untuk merakamkan detik-detik indah bersama sanak-saudara mahupun rakan taulan. Begitu jugalah ceritanya dengan saya.

Pada kali ini, saya ambil kesempatan untuk membuat beberapa shot menggunakan Creative Lighting System ataupun off flash techniques dalam merakamkan imej potret.

Pada kali ini, saya menggunakan beberapa peralatan iaitu :

- lensa 50mm f1.8
- body nikon D100
- Nissin Di622
- Nikon SB-900
- Phottix tetra ( trigger n receiver )
- tripod
- lighting stand bersama umbrella ( white diffuse umbrella )
- DIY snoot ( menggunakan sugar paper )

Berikut merupakan set up yang telah saya gunakan .

IMG

maaf lakaran x cantik.. hehe

Antara setting kamera yang telah saya gunakan adalah seperti berikut :

Shutter Speed : 1/100
Aperture : f 7, f8
ISO : 400

Dan kita lihat beberapa hasil daripada setting tersebut. :

DSC_5265baDSC_5226ba

Jadi kepada anda diluar sana selamat mencuba..

Untuk melihat antara hasil pengolahan cahaya yang lain bolehlah klik di sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls