Sabtu, 13 Ogos 2011

I.S.O, Sensitivity and noise

FujiFilm-Finepix-X100Bagi mereka yang biasa  mengendalikan kamera SLR versi analog ( kebiasaanya otai2 dan pakar dalam fotografi masa kini ) , mereka mengetahui bahawa lain filem ( gulungan filem ) memberikan nilai ISO / ASA  yang berbeza.

Nilai ISO ( international standard organisation ) menunjukkan betapa sensitif sesebuah filem kepada cahaya. Begitu juga dalam era digital kini, nilai ISO menunjukkan nilai kepekaan sensor terhadap cahaya. Ini bermaksud, semakin tinggi ISO, semakin peka filem / sensor tersebut kepada cahaya.

Diringkaskan, dalam dunia digital kini, kesemua filem-filem telah di satukan di dalam 1 sensor dan ia memudahkan kita untuk mengawal, juga mengandalikan ISO, sesuai dengan kehendak dan ketika. Kalau dahulu, jurugambar terpaksa memilih 1 jenis filem yang peling sesuai untuk sesuatu keadaan. Memandangkan 1 gulungan filem mengandungi 20-30 frame. Jika keadaan tidak sesuai, mereka terpaksa menghabiskan dahulu gulungan tersebut sebelum menukar kepada filem yang lain ( jika hendak berjimat ) . Tetapi, kebiasaanya jurugambar-jurgambar ini telah pun hebat dalam bidang mereka dan mereka amat memahami situasi dan keperluan pada sesuatu masa.

KKEK10036U5019554580_33d5f087deFilem zaman SLR analog kamera

thumb.php
’Filem’ zaman digital SLR

Antara nilai-nilai ISO yang terdapat pada DSLR
100
200
400
800
1600
3200
6400
-nilai ini bergantung kepada jenis kamera ( ada kamera yang tidak mempunyai kesemua nilai ISO diatas )

 

Keadaan Gelap / Low light condition

Kelebihan apabila kita dapat mengawal ISO dapat dilihat dalam keadaan gelap di mana ketika itu keadaan cahaya amat kurang dan memerlukan cahaya yang mencukupi untuk menghasilkan sesebuah imej melalui kamera .

Kita lihat dalam satu situasi : 

Tripod atau flash tidak ada .

ISO setting : sekitar 50 , 100 (rendah)

Dalam keadaan sebegini, seandai nya kamera setting kita berada dalam ISO 100 atau 200 ,  kita ada 2 pilihan untuk mendapatkan exposure yang betul bagi menghasilkan imej yang baik.

Pilihan Pertama :
Kita gunakan shutter yang lebih rendah contohnya 1/15 atau 1/8.

Pilihan kedua :
Menurunkan nilai aperture ( aperture value ) contohnya f1.8.

Hasilnya :

Kita akan mendapatkan hasil imej yang cerah. TETAPI akan timbulnya masalah apabila shutter terlalu rendah iaitu ‘shaking’ , ‘blur’ dan sebagainya. Ini akan menyebabkan gambar kelihatan wujudnya pergerakan, dan juga subjek yang tidak jelas kerana shutter yang rendah akan menghasilkan imej yang tidak pegun / freeze.

Cara mengatasi :
Tinggikan nilai ISO pada setting kamera

Cara penggunaan ISO secara teorikal :
ISO dan shutter speed ada kaitannya di dalam kamera setting.
Andaikata anda menggunakan ISO pada kadar 50 dengan shutter speed 1/15,
untuk mendapatkan imej baik yang tiada gegaran, naikkan ISO anda kepada 100 dan shutter speed juga turut dinaikkan 1 stop, bersamaan 1/30. Andaikata anda naikkan lagi kepada ISO 200 , shutter speed anda perlu dinaikkan juga kepada 1/60 dan begitulah seterusnya.

Apa itu f-stop? Dapatkan penerangan mengenainya dengan search pada blog ini di ruangan search yang di sediakan.

Kelemahan ISO pada keadaan nilai yang tinggi

Kelemahan yang ada ketika ISO dinaikkan adalah ‘NOISE’ . bukan bising… tetapi noise ini adalah merupakan bintik-bintik / grainy yang terdapat pada imej. Ianya terjadi apabila ISO dinaikkan.

Tetapi ada antara DSLR yang mempunyai ciriciri istimewa antaranya tiada noise yang muncul apabila ISO dinaikkan. Kebiasaanya ciri-ciri istimewa ini dimiliki oleh kamera yang berada di level yang tinggi ( high-end )

Seandainya kita mahu menggunakan ISO rendah ( tidak mahu noise ) , dalam keadaan yang gelap ( tidak juga mahu gambar yang blur ), antara jalan yang boleh diambil adalah dengan menggunakan tripod atau flash. dengan ini, anda boleh menggunakan shutter speed yang rendah bagi mendapatkan imej yang baik tanpa noise, di dalam keadaan yang gelap.

Untuk memudahkan anda memahami apa itu ISO, saya ringkaskan seperti di bawah ini.


Semakin tinggi ISO , Semakin cerah gambar
Semakin tinggi ISO , semakin banyak noise yang ada

Semakin rendah ISO, semakin gelap gambar
Semakin rendah ISO, Semakin kurang noise.

nikon-d7000-Noise-Test-Close-Up

Hak Cipta Terpelihara. Segala penyalinan atau penyiaran semula penulisan ini hendaklah mendapat keizinan secara bertulis. Harap Maklum

0 ulasan:

Catat Ulasan

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls