Jumaat, 18 November 2011

Strobist mini outing

Untuk  memenuhi permintaan seorang sahabat I.S.O Photography Group  , saya telah melaksanakan sebuah outing ringkas pengenalan kepada strobist ataupun CLS ( creative lighting system ) . Saya baru sahaja balik dari shooting, jadi tak berapa larat nak tulis pepanjang, jadi sama-sama kita saksikan beberapa shot yang berjaya di ambil melalui lensa saya… Enjoy!

DSC_0375b

DSC_0393b

DSC_0446b

DSC_0355b

Bagi mereka yang ingin mengetahui taktik dan teknik, nantikan outing bersama I.S.O pada masa yang akan dimaklumkan nanti..

Akhir kata dari kami..

DSC_0482a

KLIK SHUTTER, INGAT I.S.O!!!!

Jumaat, 11 November 2011

Moment– content and context

Moment @ peristiwa yang hanya boleh didapati dalam waktu seketika dan bukan berulang boleh saya katakan sebagai keadaan istimewa.

Ia berlaku dalam masa yang tidak kita sangka.. atau kita menanti untuk kehadirannya. Adakalanya kita dapat melihatnya dan adakalanya tidak dapat untuk kita melihatnya.

Dalam fotografi, moment ini merupakan salah satu elemen yang memainkan peranan penting dalam penghasilan sesebuah imej potret mahupun situasi yang baik. Daripada moment, maka terhasillah sebuah cerita di dalam imej kaku.

Ada pelbagai moment yang menarik seperti orang ketawa, terkejut, tersipu, menguap, menjerit, moment orang sedang menjala, menyepak bola, menembak, dan sebagainya lagi.

Dengan menerapkan elemen ini, gambar yang bakal kita hasilkan akan memberikan 1001 macam cerita yang boleh dimainkan di dalam akal fikiran. Dan hasilnya satu, iaitu penceritaan yang menarik.

Tak perlu caption atau ayat-ayat jiwang di bawah imej, moment itu sendiri telah menceritakan segala-galanya.

image

Gambar oleh Anwar Hernández VI

Dalam gambar yang saya paparkan di atas, ia merupakan sebuah moment di sebuah booth. Ada 2 orang pelanggan, seorang penjaga booth sedang menerangkan sesuatu kepada pelanggan dan ada seorang di belakang sana yang sedang menguap.

Dari moment ini, ia telah menghasilkan sebuah cerita. Contohnya, ‘seorang pelanggan wanita sedang mendengar penerangan dari seorang penjaga booth berkenaan kamera digital. ‘

Kita lihat contoh yang lain pula…

image

Gambar oleh Irwan Ibrahim

Moment ibu duduk sambil memegang anak Lihat saja imej ni, telah terbayang dalam fikiran saya, seorang ibu sedang memujuk anaknya. Atau sedang membisikkan sesuatu pada anaknya. Kalau bukan anak, maybe adiknya.. haha.. begitulah dan pelbagai lagi yang bakal bermain di fikiran anda ..

Betul bukan..? Lihatlah peranan moment kepada penceritaan sesebuah imej. Hebat tamparannya bukan..?

Jadi, ingat dan praktikkan penggunaan moment dalam menghasilkan imej-imej anda. Tetapi jaga, jangan meletakkan caption yang bukan-bukan .. Enjoy!

Klik Shutter Ingat I.S.O!

Rabu, 2 November 2011

The chosen…

Alhamdulillah, I.S.O Photography group kini telah bertambah ahlinya. Daripada 3 orang kini, ia mencecah lebih 200 orang.

Saya cuba menambah slot dalam blog ini dengan membuat satu slot baru iaitu ‘THE CHOSEN’

Disebabkan terlalu banyak imej yang cantik dan menarik telah dikongsikan bersama di dalam group ini, adalah rugi bagi saya sekiranya tidak kita masukkan dalam blogzine ini..

Oleh itu, sebagai permulaan untuk minggu ini, saya cuba untuk memilih sebuah imej yang bagi saya, menarik. Mari kita sama-sama saksikan..

image

Terlalu banyak imej yang cantik lagi hebat yang telah di post ke dalam group . Pada kali ini, saya pilih imej yang telah di post oleh sahabat kita, Ilaa Hiiya.

Bagi saya imej ini baik. Dengan komposisi yang menarik, bersama pencahayaan yang baik. Penggunaan depth of field yang kena pada tempatnya. Penggunaan hadapan daun sebagai foreground yang di blurkan menambah lagi kekuatan pada imej ini.

Tiada yang berjaya dan tiada yang gagal. Kepada yang lain, akan di pilih dari masa ke semasa..

Tahniah saya ucapkan dan teruskan berkarya .Jangan lupa untuk bersama-sama kami ..

Klik shutter, ingat I.S.O.. Enjoy!

 

p/s apa pendapat anda dengan imej ini..? kongsikan bersama

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls