Khamis, 11 Ogos 2011

Pengenalan

Fotografi kini telah menjadi sebuah fenomina yang tidak asing lagi di dalam dunia ini. Bukan sahaja di luar negara, malah juga di dalam negara kita sendiri Malaysia. Jika kita lihat, keluar sahaja dari rumah, di tangan kita sudah ada sebuah kamera tidak kira samada kamera telefon bimbit ( handphone ) atau kamera compact digital, mahupun bagi yang berkemampuan, kamera DSLR.

254189_198453253534141_154915254554608_531717_1498499_nItu baru sahaja dilihat pada diri kita yang mahu keluar dari rumah menuju kebandar. Setibanya di bandar, sebaik sahaja menjejakkan kaki ketempat yang ingin kita tuju, ribuan muka org telah bertukar menjadi kamera ( DSLR kan kene tgk melalui viewfinder, so muka orang hilang berganti DSLR.. hehe ) Kalau dahulu, kita boleh kira berapa banyak kamera yang ada di luar.. Tapi kini, tiada siapa yang mahu menjadi tukang kira lagi..huhu.. ( hiperbola ) Kalau anda tidak percaya akan muka orang yang bertukar jadi kamera ini, lihat pada imej di sebelah.

Ada yang tidak percaya lagi..?    

Dunia Digital

DSC_4611aSetelah wujudnya teknologi telefon bimbit berkamera, maka bermulalah perlumbaan syarikat-syarikat kamera yang lain untuk mencipta teknologi terbaru untuk kamera. Oleh sebab itu maka wujudlah kamera digital dengan kemampuan yang berbagai-bagai. Teknologi yang dihasilkan telah memudahkan kita untuk mengawal ‘exposure’ imej, ‘whitebalance’, ketajaman ‘sharpness’ imej dan lain-lain lagi.

Disamping itu, dengan wujudnya dunia digital ni, benda yang paling best dan paling memudahkan adalah, kita tak perlu bawa beg kamera yang penuh dengan gulungan filem lagi. Cukup hanya sekadar membawa sekeping kad memori / memory card yang bersaiz 7 tera.. huhu..

Dan kini, DSLR bukan sahaja mampu mengambil gambar sahaja, ia juga mampu merakamkan video sepertimana kamera-kamera kat stesen televisyen ( kontra gler ) huhu.. Dan dengan kemudahan-kemudahan seperti inilah yang menjadikan ia sebuah fenomena di dunia. Meninggalkan fenomena akademi fantasia dan jejak kasih ( takdak kene mengena )

Teknikal

Kebanyakan peminat fotografi hanya tahu mengambil gambar tetapi tidak mengetahui aspek teknikal bagi sesebuah imej dan kamera. Ada juga antaranya yang tidak juga mengenali kamera mereka sendiri. D3X_2_1600x1200Hanya tahu beli, dan hanya tahu jenama kamera, dan hanya tahu klik sahaja, sudah memadai bagi mereka. Tetapi, hari ini, anda bertemu dengan sebuah blog yang akan berkongsikan sebanyak mungkin yang boleh mengenai pelbagai perkara di dalam fotografi ini.

“apa itu ISO?
apa itu shutter speed?
apa itu aperture?
Rule of third?
dan pelbagai lagi aspek yang akan anda temui di sini.”

Anda hanya perlu datang dan lawat blog ini banyak-banyak kali sambil mengajak rakan-rakan lain untuk turut serta.

Post-Production

Saya tak pasti apa maksudnya di dalam bahasa melayu. Tetapi ia merupakan perkara seterusnya yang dilakukan selepas selesai mengambil sesebuah imej. Untuk senang faham, selepas kita ambil gambar, masuk ke PC, dan lakukan sebbarang suntingan / editing , itulah post –production . Di dalam blog ini juga kita akan kongsikan mengenai perkara ini dan juga perisian / software yang anda boleh gunakan untuk kerja-kerja penyuntingan ini.

Hak Cipta Terpelihara. Segala penyalinan atau penyiaran semula penulisan ini hendaklah mendapat keizinan secara bertulis. Harap Maklum

0 ulasan:

Catat Ulasan

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls