Selasa, 6 September 2011

Kamera dibeli untuk dijahanamkan

Huhu.. tajuk pasti membuatkan situasi bertambah hangat dan panas. Walhal tiada apa yang perlu dirisaukan..

KAMERA DIBELI UNTUK DIJAHANAMKAN adalah sebuah ayat azimat yang saya dapat dari seorang jurugambar professional di mana ayat inilah yang telah membuka mata dan minda saya supaya tidak menyempitkan ruang berfikir dan berkarya dalam fotografi.

Sebelum kita nak jahanamkan kamera kita, kita perlu tahu bagaimana nak menjahanamkannya ke arah yang betul. ( bukan jahanam tanpa ada pulangan/ilmu)

Pertama : Klik kamera anda sebanyak-banyaknya sehingga habis shutter count kamera anda

Kedua : Gunakan kamera anda sehabis kemampuannya.

Ketiga : Bawa kamera anda ke pelbagai destinasi dan pelbagai iklim. Dari setinggi-tinggi gunung everest, sehinggalah ke sedalam-dalam neraka jahanam. ( eh, dalam nya ! )

Keempat : jangan segan dan silu untuk membawa kamera anda shoot dalam keadaan lembab atau basah ( contoh ketika hujan atau di kawasan laut atau air ) tetapi bukan dengan sengaja celup kamera anda ke dalam air tanpa rasional ( maknanya anda gila jika anda lakukan juga )

Itu antara cara-cara untuk menjahanmkan kamera anda. Tapi pastikan perkara yang dilakukan tadi adalah untuk mendapatkan imej-imej yang baik di samping meningkatkan kemahiran fotografi anda.

Dan ini adalah SEBABNYA :

Pertama : kamera yang di jahanamkan itu bakal memberikan anda ilmu yang banyak

Kedua : kamera yang dijahanamkan itu juga memberikan anda pengalaman dan pengajaran dalam fotografi

Ketiga : Kamera yang di jahanamkan itu juga akan membuat diri anda lebih maju ke hadapan KERANA, anda pasti akan mencari jalan untuk mendapatkan kamera yang baru maka, terhasillah pelbagai idea dan usaha anda untuk mendapatkan kamera baru itu.

Keempat : Kamera yang anda jahanamkan itu akan mengajar anda erti mengharigai ilmu dan barang yang ada.

Jangan takut untuk menjahanamkan kamera anda dalam usaha anda untuk mendapatkan sebanyak-banyak ilmu di dalam fotografi . Kerana ilmunya banyak dan sentiasa dipertingkatkan.

Adakah anda hanya ingin mengumpul kamera, atau anda ingin mengumpul ilmunya..

Tepuk kamera, tanya dia.. Dapat jawapan, bagitahu saya.. hehe

0 ulasan:

Catat Ulasan

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls