Memandangkan ada sahabat Don Triplethree dari ISO yang bertanya, saya ucapkan terima kasih atas soalan ini. Soalan berbunyi begini “ salam kpd rkan2 ISO... nk tye psal lens, pe bnde yg org ckp psal L lenses 2??? “
Dan di sini saya kongsikan sedikit.
Di sini saya berikan sedikit penerangan mengenai L Lense menurut pemahaman dan pembacaan saya.
Ada yang menyatakan “L" itu memberi maksud “LUXURY”. L- Lens atau kebiasaannya di panggil L-Series Lense @ L-Lense series, (gtu la kot.) merupakan lens yang sangat mahal dan sangat berkualiti. ( Melalui pembacaan , saya dapat tahu bahawa L lense ada pada Canon, nikon saya xpasti )
Dari nikon pula, nikon tidak pasti mempunyai L lense kerana L lense adalah setanding dengan lensa2 nikon yang biasa ( menurut nikon ) oleh demikian, ada yang mengatakan bahawa ini strategi pemasaran oleh canon kononnya canon mempunyai satu tahap lensa yang lebih bagus dari nikon.
( mungkin juga.. kerana, orang sekarang, pantang tengok tambahan2 huruf atau apa2 istilah baru pada lensa atau kamera. Nampak je huruf lain sket, benda tu da di anggap hebat, tanpa di siasat dahulu.. )
Secara umumnya Lensa L ini adalah :
- Dibina kukuh ( kuat , super power )
- Kadar focusing yang tinggi dan laju
- Kaca optical yang sangat berkualiti
- Kebiasaanya wujud dalam warna putih ( lensa putih, untuk kurangkan haba sewaktu shoot waktu panas – menurut canon )
- Paling penting ianya mahal.. Kalau x mahal, tu bukan L Lense.. mungkin handmade buatan mak kiah ( tiada kene mengena dengan mana2 mak kiah )
Di harapkan penerangan serba ringkas ini memberi serta menjawab soalan saudara..
2 ulasan:
sebagai pengguna tegar L lens, lens ini memang jauh beza dengan lens2 canon yang lain...
^_^ terima kasih atas komen saudara.. mungkin saudara boleh berkongsi tentang keistimewaan menggunakan L Lense ini..
Catat Ulasan