Dunia fotografi menuntut kita untuk membelanjakan kewangan yang tinggi dari aksesori sehinggalah kepada bahan cetak . Oleh yang demikian, kita perlu mencari jalan bagi mengurangkan sedikit kos-kos ini, terutama bagi mereka yang menggunakan DSLR sebagai hobi dan bukannya untuk penjanaan kewangan .
Tetapi pada kali ini, saya kongsikan salah satu cabang untuk menjimatkan duit dengan peralatan dan kemahiran yang anda ada.
Gambar berukuran passport adalah salah satu keperluan apabila anda ingin mendaftar dan pelbagai keperluan lagi. Dalam situasi saya, gambar passport menjadi keperluan apabila saya ingin mendaftar ke institusi pengajian lain dan juga pembaharuan lesen kenderaan.
Oleh yang demikian, apabila kita ingin mendapatkan gambar berukuran passport, kita terpaksa pergi ke kedai gambar, duduk secara formal , senyum, 1 2 KLIK! dan kena tunggu gambar siap print dalam masa 15 –30 minit.
Berapa kos yang anda perlu keluarkan untuk proses mendapatkan gambar berukuran passport ini?
Menurut satu kedai yang saya survey, kos mengambil gambar dan print adalah RM 10 untuk 4 keping gambar. Nak tahu apa saya jawab? MAK AI!!!! haha.. itulah yang terpacul tanpa dipacul sendiri oleh mulut saya.
Ikuti perbualan saya dengan pekedai ,
Saya : Kalau ambil gambar sendiri, then print.. Berapa u charge?
Pekedai : 4 keping RM 6
Saya : 8 keping?
Pekedai : RM 12 . kalau 12 keping, RM 16
Saya : HAMPEH! ( dalam hati je la )
Anda bayangkan , di kedai-kedai gambar ( retail ) , harga 4R imej adalah RM1 dan 5R adalah antara RM 3.50 – RM 5. Bagi saya yang agak berkira ni, memang menjadi masalah la bila harga gambar sekecil itu mengalahkan harga gambar yang berskala lebih besar.. bak kata orang.. What the fishcake.. huhu
Jadi, dengan adanya masalah ini, saya cuba selesaikan dengan satu jalan iaitu, ambil gambar sendiri dan print sendiri.. Jadi, saya pun tanpa berlengah , setup bilik tidur, jadikan studio jap dan KLIK! siap satu gambar..
Tetapi, disebabkan background tak berapa cantik, pembaikan dilakukan dengan ‘perisian cari makan’ iaitu adobe photoshop.
Gambar asal dan setelah di sunting
Selepas edit, saya print dengan printer sendiri dan glossy paper.. TETAPI hasil yang saya dapat tidak sebaik kertas dan dakwat dengan printer yang baik.
Oleh demikian, saya buka adobe photoshop sekali lagi, buat new layout bersaiz 8R ( 8x12 atau 8x10 ) dan saya buat kotak-kotak bersaiz 3.5cm x 4cm sebanyak yang boleh . Kemudian isikan setiap satu kotak dengan gambar passpor yang saya nak print tadi.
Esoknya saya pergi ke kedai dan print.. Harga sekeping 8R adalah antara RM 10 – RM 15. Rasa-rasa anda, berapa keping yang akan saya dapat??????
JENG JENG JENG!!!
Anda kira, dan bagitahu pada saya, berapa keping yang saya dapat. Kalau awal tadi, 4 keping dengan harga RM 6 untuk print sahaja dan 4 keping RM 10 beserta dengan khidmat ambil gambar, kini harganya adalah RM 10- RM 15 dengan BERKEPING-KEPING GAMBAR.
Puas hati??? hehe.. Kongsikan bersama artikel ini dengan rakan-rakan anda..
0 ulasan:
Catat Ulasan