AIK??? Kenapa gambar jambatan buruk..?? Pasti ramai terttanya tentang imej ini.
Baiklah, saya imba kembali. Saya ambil gambar ini selepas selesai satu sesi fotografi Perkahwinan di Hulu Langat, Selangor. (Masalahnya apa kena mengena ngan gambar ni?? ) sabarlah! cepuk kang.. haha..
Kalau anda perasan, ada 1 kayu yang terjongkit ke atas. Di situlah kaki kiri saya terperosok ke dalam. Sewaktu tu di tangan memegang sebuah kamera, lensa 80-200mm milik kawan, dalam poket pula ada telefon bimbit dan kunci kereta.. Memang mendebarkan apabila kaki terperosok di dalam.
Pertama yang saya risaukan adalah kunci kereta. – Kalau kunci tak ada, tercedera, susah nak ke hospital.
Kedua adalah memori kad kamera – Kalau kamera dan memori kad masuk air.. nk jawab apa kt pengantin nanti.. masak oi…
Ketiga pula adalah telefon bimbit – Kalau masuk dalam air, habis..
Tetapi, seringkali saya shoot sehingga lupa dunia. haha.. Keselamatan diri. Maklumlah, dah naik syeikh! huhu..
Pernah dulu, shoot sampai hampir dilanggar kereta, hampir patah kaki dan sebagainya. Semua sebab nak dapatkan angle dan cropping yang perfect.. ( walaupun belum perfect lagi )
Kenapa nak dapatkan cropping perfect??? sebab, kalau crop salah, feel tak naik, kedua, gambar akan distort. Maka, pengantin akan transform dari manusia kepada alien..haha..
Oleh yang demikian, saya nasihatkan kepada anda supaya mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjalankan apa jua tugasan ( cakap je pandai ni.. buatnye tidak.. ) Ok. Semoga berjaya!
p/s : pasni nak amek gambar dalam mulut buaya.. selamat x.. huhu
0 ulasan:
Catat Ulasan