Khamis, 29 September 2011

Editing and Originality

Salam hormat. Hari ni terpanggil untuk menulis serba sedikit mengenai fotografi lagi. Kali ni agak kontroversi sedikit apabila saya cuba menyentuh isu Editing dan Originality. Di mana saya lihat pada masa sekarang ini. Kebanyakan mereka yang minat atau serius dalam fotografi kini banyak menggunakan editing sehingga menghilangkan keaslian gambar asal.

Perkara pertama yang perlu kita ketahui adalah mengenai teknikal kamera, supaya dapat menghasilkan imej yang baik dalam menghasilkan sesebuah imej

Keduanya adalah teknik – teknik penghasilan sesebuah gambar yang unik dan hebat

Ketiganya adalah mood, cerita di sebalik sebuah imej. ( hatta imej sepasang cincin sekalipun )

Saya bukanlah seorang yang hebat untuk memperkatakan mengenai ini. Tapi saya salah seorang yang mempunyai kesedaran mengenai kehilangan keaslian sesebuah imej. Imej yang baik datangnya dari 1st shot yang kita ambil.

Editing pula banyak pembahagiannya. Seperti, enhancing image, manipulation, toning , cleaning dan sebagainya. Tetapi editing bagaimana yang kita seharusnya adaptasikan kedalam sesebuah imej? adakah toning serakusnya, atau manipulasi sehingga tak rupa gambar asal atau bagaimana??

Bagi saya, editing dalam penghasilan sesebuah imej ini hanyalah sekadar naikkan kecerahan, contrast dan sedikit pembersihan. Jika toning pun, ada teknik-teknik yang bersesuaian untuk masa-masa tertentu dan bukannya ‘HENTAM KROMO’ di tempat yang bukan-bukan .

Bergurulah dengan guru yang sebenar. Bukan berguru dengan buku , internet dan mereka yang tidak pernah berguru.

Saya pasti ramai yang ibarat “lupa diri “ apabila mendapat perisian adobe photoshop pirate ( aku pun sama.. haha ) dan menggunakannya serakus-rakusnya ke atas imej yang ada.

Ada beberapa istilah yang saya rasakan sesuai untuk this type of person. Anda bukan jurugambar, tetapi adalah designer atau manipulator, atau editor.

wedding-photography-21

wenatchee-wedding-photography-kelso-3

antara 2 contoh yang saya yakin, menggunakan editing sekadar untuk enhance colour and contrast. Bukan untuk toning mengarut. Lihat sahaja hasilnya, hebat!

( saya xingat dari mana saya ambil imej ini . Saya jadikan ia sebagai sample dan di ambil dari tahun 2009. Credit to the photographer. )

Saya suka membincangkan topik ini kerana saya amat3 yakin, imej yang disudahi tanpa editing ( tapi da gempak ) menunjukkan bahawa seseorang jurugambar itu memang hebat dan professional dalam bidang ini.

Bagaimana dengan anda..? Adakah karya anda telah sampai tahap begini..? Anda yang menentukannya….

Selamat mencuba..

Kongsikan pendapat anda ^_^

Jumaat, 23 September 2011

Jangan abaikan keselamatan sewaktu bertugas

DSC_9256

AIK??? Kenapa gambar jambatan buruk..??  Pasti ramai terttanya tentang imej ini.

Baiklah, saya imba kembali. Saya ambil gambar ini selepas selesai satu sesi fotografi Perkahwinan di Hulu Langat, Selangor. (Masalahnya apa kena mengena ngan gambar ni?? ) sabarlah! cepuk kang.. haha..

Kalau anda perasan, ada 1 kayu yang terjongkit ke atas. Di situlah kaki kiri saya terperosok ke dalam. Sewaktu tu di tangan memegang sebuah kamera, lensa 80-200mm milik kawan, dalam poket pula ada telefon bimbit dan kunci kereta..  Memang mendebarkan apabila kaki terperosok di dalam.

Pertama yang saya risaukan adalah kunci kereta. – Kalau kunci tak ada, tercedera, susah nak ke hospital. 

Kedua adalah memori kad kamera – Kalau kamera dan memori kad masuk air.. nk jawab apa kt pengantin nanti.. masak oi…

Ketiga pula adalah telefon bimbit – Kalau masuk dalam air, habis..

Tetapi, seringkali saya shoot sehingga lupa dunia. haha.. Keselamatan diri. Maklumlah, dah naik syeikh! huhu..

Pernah dulu, shoot sampai hampir dilanggar kereta, hampir patah kaki dan sebagainya. Semua sebab nak dapatkan angle dan cropping yang perfect.. ( walaupun belum perfect lagi )

Kenapa nak dapatkan cropping perfect??? sebab, kalau crop salah, feel tak naik, kedua, gambar akan distort. Maka, pengantin akan transform dari manusia kepada alien..haha..

Oleh yang demikian, saya nasihatkan kepada anda supaya mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjalankan apa jua tugasan ( cakap je pandai ni.. buatnye tidak.. ) Ok. Semoga berjaya!

p/s : pasni nak amek gambar dalam mulut buaya.. selamat x.. huhu

Khamis, 22 September 2011

apakah itu ‘L’ Lense??

image

Memandangkan ada sahabat Don Triplethree dari  ISO yang bertanya, saya ucapkan terima kasih atas soalan ini. Soalan berbunyi begini “ salam kpd rkan2 ISO... nk tye psal lens, pe bnde yg org ckp psal L lenses 2???

Dan di sini saya kongsikan sedikit.

Di sini saya berikan sedikit penerangan mengenai L Lense menurut pemahaman dan pembacaan saya.

Ada yang menyatakan “L" itu memberi maksud “LUXURY”. L- Lens atau kebiasaannya di panggil L-Series Lense @ L-Lense series, (gtu la kot.) merupakan lens yang sangat mahal dan sangat berkualiti. ( Melalui pembacaan , saya dapat tahu bahawa L lense ada pada Canon, nikon saya xpasti )

Dari nikon pula, nikon tidak pasti mempunyai  L lense kerana L lense adalah setanding dengan lensa2 nikon yang biasa ( menurut nikon ) oleh demikian, ada yang mengatakan bahawa ini strategi pemasaran oleh canon kononnya canon mempunyai satu tahap lensa yang lebih bagus dari nikon.

( mungkin juga.. kerana, orang sekarang, pantang tengok tambahan2 huruf atau apa2 istilah baru pada lensa atau kamera. Nampak je huruf lain sket, benda tu da di anggap hebat, tanpa di siasat dahulu.. )

Secara umumnya Lensa L ini adalah :

- Dibina kukuh ( kuat , super power )

- Kadar focusing yang tinggi dan laju

- Kaca optical yang sangat berkualiti

- Kebiasaanya wujud dalam warna putih ( lensa putih, untuk kurangkan haba sewaktu shoot waktu panas – menurut canon )

- Paling penting ianya mahal.. Kalau x mahal, tu bukan L Lense.. mungkin handmade buatan mak kiah ( tiada kene mengena dengan mana2 mak kiah )

Di harapkan penerangan serba ringkas ini memberi serta menjawab soalan saudara..

image

Nikon 1 V1

Sesedap round kat tenet tadi, terjumpa satu keluaran terbaru dari nikon. Saya belum sempat untuk survey secara mendalam tentang kamera baru ini. Tapi dengan video ini, diharapkan akan memeri sedikit sebanyak tentang apa sebenarnya teknologi terkini yang dibawakan oleh kamera ini.

Dalam video ini saya sempat baca, perkataan video, photo, tag, wireless, 60 frame, dan beberapa lagi. nak tahu lebih lanjut, silalah roll over the video.. ^_^

Rabu, 14 September 2011

Sesi sembang ilmu I.S.O di Shah Alam.

Alhamdulillah, perangkaan untuk bertemu dengan ahli group I.S.O di Shah Alam akhirnya terlaksana. Walaupun tidak seramai mana, namun, berjaya juga dilaksanakan dengan kehadiran beberapa orang ahli I.S.O Photography group. Terima kasih di ucapkan kepada saudari Iba Hafiz, Eiriizm Yuki, saudara Naz Zan, Raizuddin dan saudara Imran ( tiada dalam gambar kerana pulang awal atas urusan lain )

Namun apapun, kehadiran anda amat-amat membuatkan saya yakin dan percaya akan komitmen dan keazaman anda dalam bidang fotografi ini.

Pertemuan telah dirangka dan berjaya dilaksanakan di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang. Pertemuan yang amat menggembirakan ini menyebabkan saya kenyang secara tiba-tiba.. huhu.. ( 1 hari tak makan ) cuma alas perut dengan cookies / biskut hasil karya saudari Iba Hafiz. Terima kasih diucapkan.

Dalam pertemuan ini, kiita bercerita tentang fotografi, industri fotografi, teknikal, pandangan , cadangan dan pelbagai lagi.. Sembang-sembang pada malam itu amat meriah sekali dengan gelak tawa sesama kami.

Dan perkara yang amat saya harapkan adalah input yang diperolehi oleh setiap mereka yang hadir. Kepada yang jauh, ( luar Shah Alam ) saya mohon maaf kerana tidak menghantar SMS kepada anda kerana merancang untuk bersama team ISO untuk turun ke KL satu masa nanti keran di KL terdiri daripada golongan otai…

Walau apapun, kita akan cuba melangkah lagi untuk mengadakan outing-outing bersama ahli bagi meningkatkan ilmu, pengalaman juga merapatkan hubungan sesama kita. InsyaALLAH.

Kepada yang hadir pada malam tadi, terima kasih. Saya harapkan komen anda tentang apa yang dibincangkan pada malam td di dalam blog ini. ( tinggalkan komen anda di ruangan komen –dlm posting ini sebagai testimoni pertemuan kita )

311340_2461350452906_1226524233_33033932_1954737100_n

Inilah wajah-wajah yang menggembirakan saya pada malam tadi. Terima kasih kerana sudi hadir.. Mula jam 8.23mlm dan tamat pada 11mlm.. huhu..

Sesiapa yang nk join, boleh PM num fon anda pada saya, 013-7038768 dan sebarang makluman, akan sy beri dalam SMS..

Apa komen anda???

p/s : bg pengguna smartphone boleh dptkn URL blog ini dgn menggunakan barcode scanner anda pada QR code blog ini..

iso

Jumaat, 9 September 2011

Jimat duit sikit dengan gambar passport

Dunia fotografi menuntut kita untuk membelanjakan kewangan yang tinggi dari aksesori sehinggalah kepada bahan cetak . Oleh yang demikian, kita perlu mencari jalan bagi mengurangkan sedikit kos-kos ini, terutama bagi mereka yang menggunakan DSLR sebagai hobi dan bukannya untuk penjanaan kewangan .

Tetapi pada kali ini, saya kongsikan salah satu cabang untuk menjimatkan duit dengan peralatan dan kemahiran yang anda ada.

Gambar berukuran passport adalah salah satu keperluan apabila anda ingin mendaftar dan pelbagai keperluan lagi. Dalam situasi saya, gambar passport menjadi keperluan apabila saya ingin mendaftar ke institusi pengajian lain dan juga pembaharuan lesen kenderaan.

Oleh yang demikian, apabila kita ingin mendapatkan gambar berukuran passport, kita terpaksa pergi ke kedai gambar, duduk secara formal , senyum, 1 2 KLIK! dan kena tunggu gambar siap print dalam masa 15 –30 minit.

Berapa kos yang anda perlu keluarkan untuk proses mendapatkan gambar berukuran passport ini?

Menurut satu kedai yang saya survey, kos mengambil gambar dan print adalah RM 10 untuk 4 keping gambar. Nak tahu apa saya jawab? MAK AI!!!! haha.. itulah yang terpacul tanpa dipacul sendiri oleh mulut saya.

Ikuti perbualan saya dengan pekedai ,

Saya : Kalau ambil gambar sendiri, then print.. Berapa u charge?

Pekedai : 4 keping RM 6

Saya : 8 keping?

Pekedai : RM 12 . kalau 12 keping, RM 16

Saya : HAMPEH! ( dalam hati je la )

Anda bayangkan , di kedai-kedai gambar ( retail ) , harga 4R imej adalah RM1 dan 5R adalah antara RM 3.50 – RM 5. Bagi saya yang agak berkira ni, memang menjadi masalah la bila harga gambar sekecil itu mengalahkan harga gambar yang berskala lebih besar.. bak kata orang.. What the fishcake.. huhu

Jadi, dengan adanya masalah ini, saya cuba selesaikan dengan satu jalan iaitu, ambil gambar sendiri dan print sendiri.. Jadi, saya pun tanpa berlengah , setup bilik tidur, jadikan studio jap dan KLIK! siap satu gambar..

Tetapi, disebabkan background tak berapa cantik, pembaikan dilakukan dengan  ‘perisian cari makan’ iaitu adobe photoshop.

DSC_5529DSC_5529-2

Gambar asal dan setelah di sunting

Selepas edit, saya print dengan printer sendiri dan glossy paper.. TETAPI hasil yang saya dapat tidak sebaik kertas dan dakwat dengan printer yang baik.

Oleh demikian, saya buka adobe photoshop sekali lagi, buat new layout bersaiz 8R ( 8x12 atau 8x10 ) dan saya buat kotak-kotak bersaiz  3.5cm x 4cm sebanyak yang boleh . Kemudian isikan setiap satu kotak dengan gambar passpor yang saya nak print tadi.

Esoknya saya pergi ke kedai dan print.. Harga sekeping 8R adalah antara RM 10 – RM 15. Rasa-rasa anda, berapa keping yang akan saya dapat??????

JENG JENG JENG!!!

passport

Anda kira, dan bagitahu pada saya, berapa keping yang saya dapat. Kalau awal tadi, 4 keping dengan harga RM 6 untuk print sahaja dan 4 keping RM 10 beserta dengan khidmat ambil gambar, kini harganya adalah RM 10- RM 15 dengan BERKEPING-KEPING GAMBAR.

Puas hati??? hehe.. Kongsikan bersama artikel ini dengan rakan-rakan anda..

Selasa, 6 September 2011

Kamera dibeli untuk dijahanamkan

Huhu.. tajuk pasti membuatkan situasi bertambah hangat dan panas. Walhal tiada apa yang perlu dirisaukan..

KAMERA DIBELI UNTUK DIJAHANAMKAN adalah sebuah ayat azimat yang saya dapat dari seorang jurugambar professional di mana ayat inilah yang telah membuka mata dan minda saya supaya tidak menyempitkan ruang berfikir dan berkarya dalam fotografi.

Sebelum kita nak jahanamkan kamera kita, kita perlu tahu bagaimana nak menjahanamkannya ke arah yang betul. ( bukan jahanam tanpa ada pulangan/ilmu)

Pertama : Klik kamera anda sebanyak-banyaknya sehingga habis shutter count kamera anda

Kedua : Gunakan kamera anda sehabis kemampuannya.

Ketiga : Bawa kamera anda ke pelbagai destinasi dan pelbagai iklim. Dari setinggi-tinggi gunung everest, sehinggalah ke sedalam-dalam neraka jahanam. ( eh, dalam nya ! )

Keempat : jangan segan dan silu untuk membawa kamera anda shoot dalam keadaan lembab atau basah ( contoh ketika hujan atau di kawasan laut atau air ) tetapi bukan dengan sengaja celup kamera anda ke dalam air tanpa rasional ( maknanya anda gila jika anda lakukan juga )

Itu antara cara-cara untuk menjahanmkan kamera anda. Tapi pastikan perkara yang dilakukan tadi adalah untuk mendapatkan imej-imej yang baik di samping meningkatkan kemahiran fotografi anda.

Dan ini adalah SEBABNYA :

Pertama : kamera yang di jahanamkan itu bakal memberikan anda ilmu yang banyak

Kedua : kamera yang dijahanamkan itu juga memberikan anda pengalaman dan pengajaran dalam fotografi

Ketiga : Kamera yang di jahanamkan itu juga akan membuat diri anda lebih maju ke hadapan KERANA, anda pasti akan mencari jalan untuk mendapatkan kamera yang baru maka, terhasillah pelbagai idea dan usaha anda untuk mendapatkan kamera baru itu.

Keempat : Kamera yang anda jahanamkan itu akan mengajar anda erti mengharigai ilmu dan barang yang ada.

Jangan takut untuk menjahanamkan kamera anda dalam usaha anda untuk mendapatkan sebanyak-banyak ilmu di dalam fotografi . Kerana ilmunya banyak dan sentiasa dipertingkatkan.

Adakah anda hanya ingin mengumpul kamera, atau anda ingin mengumpul ilmunya..

Tepuk kamera, tanya dia.. Dapat jawapan, bagitahu saya.. hehe

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls