Jumaat, 11 November 2011

Moment– content and context

Moment @ peristiwa yang hanya boleh didapati dalam waktu seketika dan bukan berulang boleh saya katakan sebagai keadaan istimewa.

Ia berlaku dalam masa yang tidak kita sangka.. atau kita menanti untuk kehadirannya. Adakalanya kita dapat melihatnya dan adakalanya tidak dapat untuk kita melihatnya.

Dalam fotografi, moment ini merupakan salah satu elemen yang memainkan peranan penting dalam penghasilan sesebuah imej potret mahupun situasi yang baik. Daripada moment, maka terhasillah sebuah cerita di dalam imej kaku.

Ada pelbagai moment yang menarik seperti orang ketawa, terkejut, tersipu, menguap, menjerit, moment orang sedang menjala, menyepak bola, menembak, dan sebagainya lagi.

Dengan menerapkan elemen ini, gambar yang bakal kita hasilkan akan memberikan 1001 macam cerita yang boleh dimainkan di dalam akal fikiran. Dan hasilnya satu, iaitu penceritaan yang menarik.

Tak perlu caption atau ayat-ayat jiwang di bawah imej, moment itu sendiri telah menceritakan segala-galanya.

image

Gambar oleh Anwar Hernández VI

Dalam gambar yang saya paparkan di atas, ia merupakan sebuah moment di sebuah booth. Ada 2 orang pelanggan, seorang penjaga booth sedang menerangkan sesuatu kepada pelanggan dan ada seorang di belakang sana yang sedang menguap.

Dari moment ini, ia telah menghasilkan sebuah cerita. Contohnya, ‘seorang pelanggan wanita sedang mendengar penerangan dari seorang penjaga booth berkenaan kamera digital. ‘

Kita lihat contoh yang lain pula…

image

Gambar oleh Irwan Ibrahim

Moment ibu duduk sambil memegang anak Lihat saja imej ni, telah terbayang dalam fikiran saya, seorang ibu sedang memujuk anaknya. Atau sedang membisikkan sesuatu pada anaknya. Kalau bukan anak, maybe adiknya.. haha.. begitulah dan pelbagai lagi yang bakal bermain di fikiran anda ..

Betul bukan..? Lihatlah peranan moment kepada penceritaan sesebuah imej. Hebat tamparannya bukan..?

Jadi, ingat dan praktikkan penggunaan moment dalam menghasilkan imej-imej anda. Tetapi jaga, jangan meletakkan caption yang bukan-bukan .. Enjoy!

Klik Shutter Ingat I.S.O!

0 ulasan:

Catat Ulasan

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls