Rabu, 14 September 2011

Sesi sembang ilmu I.S.O di Shah Alam.

Alhamdulillah, perangkaan untuk bertemu dengan ahli group I.S.O di Shah Alam akhirnya terlaksana. Walaupun tidak seramai mana, namun, berjaya juga dilaksanakan dengan kehadiran beberapa orang ahli I.S.O Photography group. Terima kasih di ucapkan kepada saudari Iba Hafiz, Eiriizm Yuki, saudara Naz Zan, Raizuddin dan saudara Imran ( tiada dalam gambar kerana pulang awal atas urusan lain )

Namun apapun, kehadiran anda amat-amat membuatkan saya yakin dan percaya akan komitmen dan keazaman anda dalam bidang fotografi ini.

Pertemuan telah dirangka dan berjaya dilaksanakan di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang. Pertemuan yang amat menggembirakan ini menyebabkan saya kenyang secara tiba-tiba.. huhu.. ( 1 hari tak makan ) cuma alas perut dengan cookies / biskut hasil karya saudari Iba Hafiz. Terima kasih diucapkan.

Dalam pertemuan ini, kiita bercerita tentang fotografi, industri fotografi, teknikal, pandangan , cadangan dan pelbagai lagi.. Sembang-sembang pada malam itu amat meriah sekali dengan gelak tawa sesama kami.

Dan perkara yang amat saya harapkan adalah input yang diperolehi oleh setiap mereka yang hadir. Kepada yang jauh, ( luar Shah Alam ) saya mohon maaf kerana tidak menghantar SMS kepada anda kerana merancang untuk bersama team ISO untuk turun ke KL satu masa nanti keran di KL terdiri daripada golongan otai…

Walau apapun, kita akan cuba melangkah lagi untuk mengadakan outing-outing bersama ahli bagi meningkatkan ilmu, pengalaman juga merapatkan hubungan sesama kita. InsyaALLAH.

Kepada yang hadir pada malam tadi, terima kasih. Saya harapkan komen anda tentang apa yang dibincangkan pada malam td di dalam blog ini. ( tinggalkan komen anda di ruangan komen –dlm posting ini sebagai testimoni pertemuan kita )

311340_2461350452906_1226524233_33033932_1954737100_n

Inilah wajah-wajah yang menggembirakan saya pada malam tadi. Terima kasih kerana sudi hadir.. Mula jam 8.23mlm dan tamat pada 11mlm.. huhu..

Sesiapa yang nk join, boleh PM num fon anda pada saya, 013-7038768 dan sebarang makluman, akan sy beri dalam SMS..

Apa komen anda???

 

p/s : bg pengguna smartphone boleh dptkn URL blog ini dgn menggunakan barcode scanner anda pada QR code blog ini..

iso

4 ulasan:

Nazirul Suhaimi (Razi Suhaimi) berkata...

banyak ilmu yang telah dikongsikan..
harap dapat buat pertemuan separti ini pada masa yang akan datang, insyaallah =)

ainuddin hata berkata...

tq Naz Zan.. diharapkan kita dpt adakan pertemuan dgn komuniti yg lebih besar lagi

Iba berkata...

Aritu dh nak komen, tapi ade prob dgn akaun.. skg nak komen, tapi dh x ingat nk komen ape.. huhu, tapi papehal, ape yg Naz Zan cakap tu betul.. Moga Group I.S.O ni lebih maju di masa akan datang.

ainuddin hata berkata...

insyaALLAH.. tq to Iba Hafiz juga kerana sudi turun pada malam tersebut.. insyaALLAH kita akan usahakan untuk outing pula selepas ini.. sama2 mendoakan kejayaan group ini.. :)

Catat Ulasan

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls