Khamis, 29 September 2011

Editing and Originality

Salam hormat. Hari ni terpanggil untuk menulis serba sedikit mengenai fotografi lagi. Kali ni agak kontroversi sedikit apabila saya cuba menyentuh isu Editing dan Originality. Di mana saya lihat pada masa sekarang ini. Kebanyakan mereka yang minat atau serius dalam fotografi kini banyak menggunakan editing sehingga menghilangkan keaslian gambar asal.

Perkara pertama yang perlu kita ketahui adalah mengenai teknikal kamera, supaya dapat menghasilkan imej yang baik dalam menghasilkan sesebuah imej

Keduanya adalah teknik – teknik penghasilan sesebuah gambar yang unik dan hebat

Ketiganya adalah mood, cerita di sebalik sebuah imej. ( hatta imej sepasang cincin sekalipun )

Saya bukanlah seorang yang hebat untuk memperkatakan mengenai ini. Tapi saya salah seorang yang mempunyai kesedaran mengenai kehilangan keaslian sesebuah imej. Imej yang baik datangnya dari 1st shot yang kita ambil.

Editing pula banyak pembahagiannya. Seperti, enhancing image, manipulation, toning , cleaning dan sebagainya. Tetapi editing bagaimana yang kita seharusnya adaptasikan kedalam sesebuah imej? adakah toning serakusnya, atau manipulasi sehingga tak rupa gambar asal atau bagaimana??

Bagi saya, editing dalam penghasilan sesebuah imej ini hanyalah sekadar naikkan kecerahan, contrast dan sedikit pembersihan. Jika toning pun, ada teknik-teknik yang bersesuaian untuk masa-masa tertentu dan bukannya ‘HENTAM KROMO’ di tempat yang bukan-bukan .

Bergurulah dengan guru yang sebenar. Bukan berguru dengan buku , internet dan mereka yang tidak pernah berguru.

Saya pasti ramai yang ibarat “lupa diri “ apabila mendapat perisian adobe photoshop pirate ( aku pun sama.. haha ) dan menggunakannya serakus-rakusnya ke atas imej yang ada.

Ada beberapa istilah yang saya rasakan sesuai untuk this type of person. Anda bukan jurugambar, tetapi adalah designer atau manipulator, atau editor.

wedding-photography-21

wenatchee-wedding-photography-kelso-3

antara 2 contoh yang saya yakin, menggunakan editing sekadar untuk enhance colour and contrast. Bukan untuk toning mengarut. Lihat sahaja hasilnya, hebat!

( saya xingat dari mana saya ambil imej ini . Saya jadikan ia sebagai sample dan di ambil dari tahun 2009. Credit to the photographer. )

Saya suka membincangkan topik ini kerana saya amat3 yakin, imej yang disudahi tanpa editing ( tapi da gempak ) menunjukkan bahawa seseorang jurugambar itu memang hebat dan professional dalam bidang ini.

Bagaimana dengan anda..? Adakah karya anda telah sampai tahap begini..? Anda yang menentukannya….

Selamat mencuba..

Kongsikan pendapat anda ^_^

0 ulasan:

Catat Ulasan

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls