Ahad, 16 Oktober 2011

Perkongsian dari Saiful Nang dan wppm

imageAlhamdulillah pada sabtu lepas, sewaktu berlangsungnya pertandingan canon marathon, berlangsung juga sesi talk oleh Saiful Nang ( salah seorang fotografer terkenal ) boleh google www.saifulnang.net.

Beliau telah memberikan talk bertajuk ‘ The power of passion’ Cita-cita untuk bertemu telah lama disemat di dalam hati. Dan akhirnya tercapai untuk bertemu.

Salah satu yang diperkatakan beliau mengenai passion adalah passion dapat dilihat contohnya dalam satu situasi.

Anda minat pada seorang gadis, dan amat2 mencintainya dan mahu mendapatkannya. Tetapi pada masa yang sama, ada 5 orang yang gagah, pun suka pada wanita tersebut. Tetapi, anda berusaha sehabisnya untuk mendapatkan gadis tersebut. Dan akhirnya wanita itu jatuh hati pada anda. ( kejap wanita kejap gadis. ape aku ni.. haha )

Anda telah berjaya mengalahkan 5 orang gagah tadi tanpa memerlukan apa-apa kekuatan. cuma passion yang anda gunakan untuk mendapatkan wanita tersebut. itulah PASSION! dan dengan passion juga anda boleh menewaskan ramai orang..

Selain itu juga, beliau berpesan kepada penonton semasa talk beliau supaya ikut passion masing-masing.. ada yang tiada passion dalam wedding photography, tetapi street photography. Ada yang tiada passion dalam street photography tapi ada dalam product photography. Jadi, ikut passion masing2.

Beliau , semasa kegagalannya, pernah meletakkan satu iltizam yang berbunyi ‘ kalau aku miskin, biarlah miskin dengan perkara yang aku suka’ dan beliau memilih fotografi. Dan dilaksanakan dengan penuh minat dan passion beliau. Dan akhirnya sekarang.. SIAPAKAH BELIAU?? hebat bukan.

Satu lagi pesanan beliau adalah, buat kerja dengan passion dahulu, baru datangnya duit. Money is number two..

Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan bersama mengenai talk yang diberikan oleh Saiful Nang.

Mengenai diri beliau dari pandangan saya :

- Beliau seorang yang mempunyai misi dan visi yang jauh

- Belajar dari kegagalan yang lampau

- seorang bapa yang penyayang kepada anak dan isteri. Inilah perkara yang membuatkan saya agak menyanjungi beliau.. KENAPA?

Sewaktu saya dan rakan tiba di tempat talk ( kami merupakan 3 orang pertama yang sampai dan duduk di kerusi paling depan .. riak.. riak.. haha ) tidak sampai beberapa minit Saiful Nang tiba dengan isteri, sambil menolak kereta tolak ( yang untuk baby tu ) sambil mendukung seorang anaknya.

Semasa tunggu penonton memenuhi ruang, beliau sibuk melayan anak-anak sangat mesra.. Ambil gambar anaknya di depan orang ramai ( anaknya umur 3 tahun, tapi da pandai pose.. macam model 22 tahun.. hehe.. just kidding.. ) dan beliau seorang yang ramah.

bila di minta untuk ambil gambar bersama, dicapainya kamera rakan saya ( kebetulan pada waktu tu pasang lensa fish eye ) dan katanya “ macam ni ambil guna fish eye, diri sebelah saya” maka terhasillah gambar di bawah..

305780_10150353229539239_812604238_7933141_1503404147_n

haha.. saja nak tunjuk gambar ni.. kasi berbulu.. haha.. pandai gua buat ayat..hehe..

Itu sahaja antara perkongsian saya pula kali ini.. enjoy!

0 ulasan:

Catat Ulasan

PEMBERITAHUAN...

Untuk meletakkan komen anda pada posting ini, sila klik pada tajuk posting terlebih dahulu.
I.S.O. BlogZine. Dikuasakan oleh Blogger.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls